Hola Malaysia!

Hihi..

Ngader sangat kan..

 

So Alhamdulillah i’m back in Malaysia after 11 days in London.

Seronok dapat kenal tempat orang dan tengok budaya yang berbeza.

From my personal observation, negara UK taklah terlalu moden berbanding negara kita. Kebanyakan yang ada di sana pun dah ada di sini. In fact kat KL ni macam lagi banyak je big shopping malls.

Yang pastinya kat sana tak terlalu jem sebab most people guna public transport dan kat sana juga grocery dia sangat murah.

Grocery as in barang dapur. Maknanya kalau masak sendiri memang murah, tapi kalau makan kat luar agak mahal sebab kat sana servis mahal.

Sebenarnya tujuan pergi London adalah sebab saya dan beberapa brand owner pakat pakat join event Pure London iaitu sebuah fashion trade show yang memberi peluang kepada fashion brands dari seluruh dunia untuk showcase produk mereka kepada pasaran UK.

Terlanjur kat sana saya pun jalan-jalan ke shopping mall dan market yang popular dan juga ke kawasan orang islam selalu shopping pakaian. Survey market gitu.

So Alhamdulillah. Dapat tengok banyak benda baru. Dah faham sikit sikit apa yang disukai oleh wanita muslim di sana dan dah kenal a few people yang boleh bantu kami untuk luaskan pasaran ke UK dan seterusnya eropah. InsyaAllah…

 

Yang tak best selepas balik UK adalah sebab jadual tidur jadi huru hara dan menyebabkan saya menjadi sangat tidak produktif.

Malam takleh tido. Siang takleh bangun. Jadual semua ke laut. Padahal baru berapa hari je kat sana. Propa sangat kan. Hihi..

 

Bila dah pergi sana juga semangat nak sambung belajar naik mencanak canak dan sekarang ni dok survey universiti dan lokasi yang sesuai untuk menetap di UK.

 

In the meantime, hati tengah gundah gulana memikirkan progress cafe yang sangat perlahan.

Esok baru nak jumpa kontraktor sedangkan dapur dan perabot dah hampir sampai Malaysia.

Untuk projek cafe ni macam ada perasaan takut yang tersangat besar. Tapi taknaklah stop sebab takut kan. So cuba jugak. Study design. Study menu. Study konsep. Study sampai stress sorang sorang sebab sewa dah lama jalan.

Doakan projek cafe ni berjaya. 🙁

 

 

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge