Hikmah Di Sebalik Jem Teruk

Dua hari lepas saya terperangkap dalam jem yang teruk di Jalan Skudai menuju ke Johor Bahru.

20120223-003657.jpg

Jalan utama yang jem

Malu sebenarnya nak kecoh-kecoh. Maklumlah rakan-rakan di KL dah biasa berdepan dengan jem yang lebih teruk kan.

Tapi sebab kat JB ni jalan biasanya memang clear sangat dari pukul 10 pagi – 4 petang. Dan perjalanan dari Skudai ke JB biasanya tak sampai setengah jam pun.

Dahlah jalannya memang tak ada traffic light. Lancar je perjalanan. I like!!

Disebabkan jem teruk, saya terpaksa postpone appointment di Eternal Beaute Spa di BBU.

Sepatutnya saya ambil seorang business partner saya, iaitu Kak Eim dan pergi ke spa sama-sama.

Janji nak amik Kak Eim pukul 9.45 pagi tapi disebabkan jem, saya sampai di rumahnya sekitar pukul 11 pagi. Itupun sebab dah lalu jalan shortcut.

20120223-003703.jpg

Jalan shortcut yang jem jugak..

Saya amik Kak Eim dan kami singgah breakfast di Chamek Kopitiam di pasaraya A Mart berdekatan rumah Kak Eim.

Seronok dapat buat personal coaching dan mentoring. Untuk yang kurang jelas, coaching bermaksud membantu seseorang menangani cabaran yang dihadapi dengan bertanyakan soalan-soalan yang membuatkan dia berfikir dan mengeluarkan jawapan yang sudah ada dalam dirinya.

Mentoring pula bermaksud berkongsi pengalaman suka dan duka sebagai satu cara untuk menjadikan seseorang lebih yakin dan lebih berupaya untuk berdepan dengan cabaran yang dihadapi.

Ini berdasarkan apa yang saya ingat dan faham berdasarkan kursus yang dihadiri dan buku-buku yang dibaca.

 

20120223-004056.jpg

Kak Eim yang sangat meletop!

Betul sangat setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Hikmah jem adalah supaya saya dapat bersama-sama Kak Eim menikmati makanan enak di samping berbual mesra.

Apapun pengalaman jem ini juga menyedarkan saya supaya bersedia lebih awal untuk appointment dan sebagainya. Ada banyak kemungkinan yang boleh berlaku di sepanjang perjalanan.

Jadi, sebaik-baiknya adalah bertolak satu jam atau 45 minit lebih awal daripada masa yang dijanjikan. Perjalanan dalam keadaan yang tenang juga pastinya selamat.

Disebabkan jem juga, dapat dengar lagu best dari Yuna iaitu Terukir Di Bintang. 🙂

Nantikan entri seterusnya tentang apa yang sedap di Chamek Kopitiam. Tata!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *