Hijrah

Sejak beberapa hari ni saya dan suami sedang merancang untuk berhijrah.

Plan asal nak hijrah ke Bangi.

Tapi sekarang ni rasa lebih berat nak hijrah ke Kelantan.

 

Bukan tak best tinggal di JB. Memang best. Klien Public Mutual pun ramai kat JB. Outlet pun ada 5 kat JB.

Tapi bila fikir-fikir balik, rasa lebih prefer tinggal di Kelantan.

 

Apa yang saya suka kat Kelantan :

1. Makanan sedap

2. Makanan murah

3. Dekat dengan keluarga suami

4.  Nak hidup yang sederhana

5. Nak duduk rumah dengan tanah yang luas dan anak-anak boleh main badminton @ bola sepak di perkarangan rumah

6. Nak bantu orang kampung yang mungkin perlukan kerja (mungkin dengan buka bengkel jahitan untuk Benang Hijau @ untuk uruskan bisnes online yang akan berpusat di Kelantan)

7. Nak anak-anak ada kampung bila dah besar nanti

8. Dekat dengan Terengganu dan boleh balik Terengganu untuk makan Nasi Dagang, Keropok Lekor dan Ikan Celup Tepung setiap minggu. Wohoo!!

 

So next week insyaAllah nak balik Kelantan. Nak cari rumah untuk sewa @ beli. Pastu nak cari sekolah yang sesuai untuk anak. Pastu nak uruskan lori untuk pindah barang.

 

Ada jugak terfikir nak buat rumah dulu. Tapi nanti amik masa pulak. Mungkin tahun depan baru boleh pindah.

So takpe, cari rumah sewa dulu buat sementara. Yang penting setiap hari boleh makan Nasi Berlauk. Wohoo!

 

Nervous gak sebenarnya.

Dah lama duduk di bandar. Harap-harap boleh adapt dengan suasana baru.

 

 

5 thoughts on “Hijrah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *