Hihihi..

Hihihi..

Dah selamat bersalin dah. 🙂

 

Alhamdulillah selamat melahirkan seorang baby girl yang kuat tido. 🙂

 

Meh nak citer sikit pengalaman bersalin sebagai rujukan untuk diri sendiri di masa akan datang. 🙂

 

Doktor memang dah pesan suruh datang hospital pada 30 April. Sakit atau tak, memang dia akan pastikan saya bersalin jugak katanya. Hebat sungguh puan doktor.

Sebenarnya memang dah tak selesa sangat dah. Tapi dalam pada tak selesa malam tu tidor dekat pukul 1 sebab sibuk menjahit.

 

Pukul 9 pagi keluar dari rumah. Breakfast sedap-sedap dulu. Pastu barulah ke KBMC.

Sampai kat sana nurse tanya macamana, ada rasa nak bersalin tak. Saya cakap tak. Tapi dah rasa kedudukan baby kat bawah sangat dan memang tak selesa.

Nurse pun terus suruh masuk labour room.

 

Saya dan suami pun masuklah. Tukar baju dan dalam pukul 11 doktor datang cek jalan. Masa tu dah 3 cm.

Dr kata rasanya hari ni awak bersalin cuma tak tahu pukul berapa.

 

Kiranya kena induce jugak tapi ubat tu dimasukkan dalam air. Dalam pukul 1 dah mula rasa sakit dan saya pun minta ubat tahan sakit. So nurse masukkan Pethidine dan saya jadi pening-pening lalat + mengantuk dan rasa kurang sakit sikit.

 

Pukul 1.30 petang nurse masukkan tiub untuk buang urine dan cek jalan lagi. Masa ni dah 5cm.

Pukul 3.30 petang doktor datang cek jalan dah 6cm. Masa ni dah mula rasa sakit sangat.

 

Start sakit sangat sangat dari pukul 4.30 petang sampai pukul 5 lebih. Masa ni memang sengsara sangat.

 

Dalam pukul 5:12 petang rasa macam nak bersalin dan minta suami panggilkan doktor. Alhamdulillah, sekali teran je terus keluar baby girl. Wohooooo!!!

 

Betul-betul sakit dalam 40 minit. Tapi dia punya sakit tu memang out of this world la.

 

Lepas bersalin masuk wad dan berehat.

 

Malam tu tak lena tido sebab rasa macam tak percaya je dah selamat bersalin. Lagipun baby pun asyik terjaga.

 

Disebabkan tak gunakan terlalu banyak tenaga untuk meneran dan proses bersalin pun agak mudah, jadi saya tak la rasa lemah sangat.

 

Bersyukur sangat dapat baby Yaya. Rasa macam bertuah sangat. Banyak betul nikmat untuk disyukuri. Lepas ni insyaAllah memang takkan tinggalkan Baby Yaya. 🙂

 

Hari ni dah hari kelima saya berpantang. Start hari kedua ada makcik datang mengurut dan hari ni dah start bertungku. Alhamdulillah.. bersyukur sangat sebab masa tinggal kat JB dulu susah nak dapat servis macam ni.

InsyaAllah kali ni nak berpantang betul-betul. 🙂

 

Hari Jumaat ni nak buat majlis bercukur dan Akikah untuk baby Yaya. Sekarang ni dalam misi nak menggemokkan lagi baby Yaya supaya nampak lebih comel dan bergaya. Hahaha..

 

Walaupun bos berbadan besar bersalin, bisnes berjalan macam biasa. Alhamdulillah order online terus rancak dan sambutan di butik dan outlet pun okay.

Sekarang dah ada 4 tukang jahit dan insyaAllah ada beberapa orang lagi akan masuk pada bulan depan.

 

Kalau ikutkan hati, rasa nak menjahit je sebab pekerja baru belum mahir dan progress diorang slow sangat. Tapi saya tahannnnn je.

 

Dalam minggu ni ada beberapa orang staf berhenti. Ada yang berhenti sebab dapat tawaran kerja yang lebih baik. Ada yang berhenti sambung belajar. Ada yang berhenti sebab masalah peribadi. Kelam kabut jugak dibuatnya.

Tapi sebagai pemilik perniagaan, kita memang tak boleh bergantung sepenuhnya pada pekerja.

Kena ada pekerja. Kena agihkan kerja pada pekerja. Tapi kena pastikan kerja tu pun boleh berjalan jugak bila dia tak ada.

 

Eh eh panjang lebar pulak bercerita pasal bisnes. Padahal sebenarnya tengah bengkak susu ni. Fuhhh.. ni satu lagi pengorbanan seorang ibu. Dia punya sakit tu hampir sama dengan sakit beranak.

2 thoughts on “Hihihi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *