Herbalife + KFC

Masalah orang diet adalah…

Terliur sangat bila tengok makanan

+

Menyesal lepas makan

Hehehe…

 

Kalau ikutkan diet dengan Herbalife senang je. Breakfast dengan dinner je tukar dengan Shake. Tengahari boleh je makan macam biasa.

Tapi saya kan tak sabar. Kalau boleh nak cepat je. Gelojoh sokmo… 🙂

Jadi saya sangatlah kontrol apa yang saya makan.

Tapi bila saya baca blog-blog orang yang berdiet dengan Herbalife ni, diorang pun tak la control sangat. Tengahari makan je semua benda. Dan berat pun turun dengan jayanya dari bulan ke bulan.

Jadi sekarang, saya dah kurang strict.

Tengahari je mula pantang.

Pantang teringat. Pantang sebut. Pantang nampak.

Hahahhaa…

Hari ni termakan KFC la pulak…

Sedapnya Snack Plate ya Allah…

Hahaha…

Nikmat sungguh makan KFC.

Tapi saya tetap tak minum air manis. Beli air mineral je.

 

Lepas tu malam ni boleh pulak rasa menyesal gilerrrrrrr…

Dan mulalah minum air banyak banyak kononnya untuk cover.

Ya Allah mintak-mintaklah berat tetap turun esok. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *