Hello Monday!

Hari ni banyak benda best berlaku.

Pagi pagi jumpa dengan wakil dari syarikat mesin sulam yang membawa khabar gembira.

Mesin sulam yang saya order minggu depan akan sampai. Wohooo!!

Tak sabar nak hasilkan koleksi tudung dan baju dengan sulaman yang esklusif.

 

Setiap kali tengok baju baju dari brand ternama yang ada logo yang bersulam (terutamanya baju lelaki) memang rasa gerammmmm je.

Nak sangat sulam logo pada semua produk Benang Hijau.

Kalau sebelum ni takde logo, tak sabar nak ada logo.

Sekarang dah ada logo, lagilah tak sabar nak sulam logo.

 

Tetiba dalam dilema tak tahu nak letak mesin kat mana. Bangi @ KB.

Tapi logiknya letak di KB la sebab di situlah production kami kan.

Hihihi..

 

Pastu hari ni juga buka preorder untuk koleksi baju raya Benang Hijau.

Sebenarnya dah lama tak buat sistem preorder.

Tapi disebabkan ramai yang dah bertanya dan dah tak sesabar nak beli di samping kerisauan kotlah customer dah kehabisan budget untuk beli baju raya by the time baju siap, maka kami pun buatlah.

Dan Alhamdulillah, dah ramai yang place order terutama untuk design Autumn Tree.

Bila tengok senarai order yang masuk, rasa gembira sangat. Gembira atas kepercayaan para pelanggan.

 

Okay bye. Nak sambung baca buku Trust Me I’m Lying by Ryan Holiday. 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *