Hectic & Letih

Hari ni tersangatlah hectic.

Sampai dari JB dalam pukul 7 pagi. Breakfast. Pastu sampai je di Airport Senai terus ke balai polis untuk buat report pasal pekerja yang menipu.

Pastu balai polis call suruh jumpa dengan inspektor bahagian jenayah komersial di IPD Indahpura.

Polis kata akan buat siasatan lanjut dan akan panggil dia untuk soal siasat.

Proses ni ambil masa jugak sebenarnya. Tapi saya malas nak fikir lebih-lebih. Yang penting saya dah buat laporan polis dan saya pun dah faham macamana prosedur dan apakah bukti yang diperlukan untuk memastikan pekerja yang mencuri dikenakan hukuman.

Settle semua dalam tengahari. Lepas tu bersemuka dengan staf tu dan terus pecat dia.

Pastu hantar stok barang ke Jusco Taman U, Jusco Bukit Indah & Jusco Permas.

Dalam pukul 9 malam suami settlekan barang di Umall yang nak dihantar ke Kelantan dengan lori sebab hari ni last day di Umall.

Yang kelakarnya, sepanjang hari ni boleh pulak terjumpa 2 orang downline unit trust saya di Airport Senai dan 2 orang klien + sorang kenalan saya di Jusco Bukit Indah.

Rasa kecik sangat dunia ni.

Sekarang ni dalam perjalanan nak ke rumah kakak di Nilai.

Esok nak singgah hantar barang dan jumpa staf di Bangi dan seterusnya balik ke KB.

Serius penat. Serius tak larat. Serius rasa letih.

Bukan letih bekerja tapi letih dengan drama pekerja-pekerja yang menipu dan mencuri.

Lepas ni memang takde kesian-kesian lagi dah. Mana-mana pekerja yang menipu dan mencuri, memang saya akan buat report je.

Apa-apa hal, see you in court!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *