Hari Yang Sibuk..

Tajuk kemain. Padahal memang setiap hari sibuk dan menyibuk.

Mungkin disebabkan hari ni ramai yang dapat gaji, jadi urusniaga hari ni tersangatlah rancak.

Bertalu-talu dapat SMS, WhatsApp dan juga PM di Facebook Benang Hijau. Alhamdulillah..

Tengahari sikit pergi ke Jusco Permas Jaya untuk jumpa klien Public Mutual.

Lepas tu singgah pejabat Public Mutual Johor Bahru untuk submitkan borang klien.

Balik rumah pulak sambung lagi menguruskan order pelanggan.

Mujurlah saya cuma proses dan ada staf yang tolong pack. Kalau semua saya perlu buat sendiri, memang tak sanggup.

Dulu-dulu selalu hasut orang berhenti kerja dan jadi bos sendiri. Tapi bila dah jadi bos saya hargai sangat jasa staf yang sudi tolong saya. Kalau semua nak jadi bos, siapa nak tolong bos uruskan bisnes kan. Bersyukur sangat ada yang sudi kerja dengan bos besar yang dah makin kecik ni. 🙂

Buat rakan-rakan yang masih bekerja, jangan stress tau. Memang jadi usahawan best tapi jangan terlalu stress nak jadi usahawan. Yang penting anda bahagia.

Tak semua orang rasa bahagia sebagai usahawan. Sebab serius ada banyak benda nak kena fikir dan ada banyak keputusan yang perlu dibuat.

Saya yang buat bisnes kecik pun dah rasa kelam kabut. Yang bisnes besar lagi la kan.

Jadi, jangan stress tau. Jangan rasa pressure nak berhenti. Jangan rasa tak sabar-sabar nak jadi usahawan.

Take your time. Rancang strategi. Buat market survey. Yang penting, kaji kekuatan diri dan betul ke anda akan rasa bahagia bila jadi usahawan.

Sebab no point jadi usahawan yang kononnya bebas tapi sebenarnya anda tak happy.

Tapi kalau memang anda dah rasa tak tahan sangat dengan situasi anda sekarang. Rasa macam tak ada masa depan. Rasa tak bahagia. Rasa kecewa. Rasa tak puas hati. Terus je pecat bos anda sekarang.

InsyaAllah akan ada rezeki jika anda tidak berhenti berusaha. Percayalah, anda pasti boleh survive. Dan mungkin anda boleh mencipta peluang kerjaya untuk membantu orang lain survive.

 

 

One thought on “Hari Yang Sibuk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *