Hari Yang Mencabar

Semalam adalah hari yang sangat mencabar.

Staf di Umall demam.

Staf di Tesco Bukit Indah sakit kaki dan dapat MC.

Staf di Jusco Bukit Indah masih bercuti sebab mak sakit.

 

Kalau ikutkan saya dan suami sebagai back up. Tapi bila 3 outlet serentak takde staf macam ni, memang sangat mencabar.

Last-last saya bertugas di Jusco Bukit Indah dan suami bertugas di Tesco Bukit Indah. Dan outlet di Umall terpaksa tutup. 🙁

Dahlah semalam baru shoot. Banyak sangat gambar nak kena edit.

Pastu pulak kain dan shawl baru pun belum sempat diagihkan ke semua outlet. Malah ada banyak kain yang belum sempat dipotong.

 

Dari tengahari sampai ke malam saya sibuk gantung kain, lipat kain, gantung shawl, lipat shawl dan layan pelanggan. Nak bukak laptop untuk edit gambar langsung tak sempat. Mujurlah sales semalam pun sangat bagus. *wink*

 

Dalam kesibukan tu, tetiba ada seorang lelaki call dengan suara serius dan nada yang tak mesra.

Lelaki Itu = Assalamualaikum ni Benang Hijau ke?

Perempuan Ini = Ya.

Lelaki Itu = Ni Puan Fadzilah ke?

Perempuan Ini = Ya.

Lelaki Itu = Boleh saya tahu macamana puan dapatkan 42000 Like di Facebook? Puan belajar dengan siapa?

Perempuan Ini = Saya belajar sendiri.

Lelaki Itu = Puan ada belajar dengan xxx (dia sebut nama seorang perempuan yang saya tak kenal)

Perempuan Ini = Tak. Saya tak ada belajar dengan dia.

Lelaki Itu = Puan guna Facebook Ads ke?

Perempuan Ini = Ya.

Lelaki Itu = Berapa yang puan bayar untuk dapat 42000 Like?

Perempuan Ini = Saya pun tak pastilah En. Tapi tak la banyak sangat.

Lelaki Itu = Tak banyak dalam berapa? Takkanlah tak tahu *nada memaksa*

Perempuan Ini = Betul saya tak ingat En. Tak sampai RM10,000 rasanya.

 

Dan ada lagi beberapa soalan yang dia tanya sebelum dia letak telefon.

Tapi kan pada saya pemanggil ni agak kurang sopan.

Saya bukanlah kedekut ilmu ke apa. Tapi nak tanya pun ada adab. Nak call orang ada adab. Cubalah msg dulu macam ni..

Saya nak tahu sesuatu tentang Facebook Ads. Boleh saya cakap dengan Cik/Puan sekejap? Boleh saya call sekarang?

 

Ini main call je. Tak fikir ke samada panggilan tu mengganggu orang yang menerima panggilan atau tidak.

Pastu cara tanya pulak macamlah kita ni wajib jawab soalan dia.

Serius tak suka.

 

Hari ni Alhamdulillah dah cukup staf. Bolehlah saya sambung kerja-kerja yang tergendala semalam.

Plan dengan suami petang ni nak bawa anak jalan-jalan. Pastu nak pergi tengok wayang dengan suami.

 

Serius saya rasa sangat gigih sejak kebelakangan ni. Rasa dah buat yang terbaik. Dah cuba sedaya upaya. Semoga saya akan terus sukses dalam bidang ni.

p/s : Benang Hijau dah keluar dalam Majalah Nur dan Mingguan Wanita. Jemput beli! :))

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *