Hari Terakhir Di Kuching

Tengahari ni nak check out. Pukul 4.30 akan bertolak ke airport.

Sedih nak meninggalkan Kuching. Tapi gembira nak balik ke rumah yang manis.

Ali yang kecik pun dah cakap,

Nak balik umah..

Apalah yang dia nak buat kat rumah tu kan. 🙂

Tapi saya rasa seronok sangat dapat bercuti macam ni. Duduk satu bilik hotel dan merapatkan lagi hubungan dengan anak-anak.

Saya juga berjaya habiskan 3.5 buah buku. Dan juga berjaya habiskan x,xxx duit. Adoiii…

Kebanyakan tempat yang disyorkan kami dah cover. Kami pergi ke Pasar Satok, Pasar Serikin, Sarawak Cultural Village, Jong’s Crocodile Farm, Semenggoh Wildlife Centre (tengok orang utan), kedai Kek Lapis, makan seafood di Top Spot dan dah pergi ke semua shopping mall yang ada di sekitar Kuching. Hahahha.. gigih tak?

InsyaAllah hujung tahun ni nak buat trip macam ni lagi. Trip yang lama (dalama 7-8 hari) supaya kami betul-betul dapat mendekati budaya dan cara hidup orang tempatan.

Saya suka Kuching. Saya rasa saya akan kembali lagi. Kalau saya tak buat bisnes Benang Hijau, mungkin saya akan jual Kek Lapis secara online. Sebab Kek Lapis dia memang sangat sedap dan boleh jadi ketagih oo…

Entri bergambar penuh mungkin akan menyusul pada sebuah hari yang indah. Maklumlah saya kan low profile. Hihihi..

Tak sabar nak balik buat photoshoot kain baru dan seterusnya menukarkan kain menjadi duit. Pastu hujung minggu ni pergi Vietnam tukarkan duit yang lebih banyak menjadi kain yang lebih banyak. 🙂

Ok bye nak kemas-kemas dulu. 🙂

 

 

2 thoughts on “Hari Terakhir Di Kuching

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *