Hari Rabu & Khamis Lepas Yang Berbuah

Hari Rabu shooting dengan WHI.

Selesai shooting, 8 guni stok baru sampai. Pastu sibuklah mengira, mengagih-agihkan dan menyusun stok baru.

Duduk bersila sepanjang hari sampai malam. Serius sakit pinggang.

Sambil-sambil tu melayan pelanggan yang masuk butik. Alhamdulillah mungkin disebabkan layanan dari bos comel yang sangat bersemangat, sales hari Rabu tu dua kali ganda dari sales biasa. 🙂

Pukul 10 malam baru siap kemas.

Lepas tu singgah makan nasi arab dekat Seksyen 7. Sodapppppp!!!

Seronok duduk di Bangi. Banyak sangat pilihan makanan yang sedap.

 

Malam tu saya dan suami tidur kat butik je. Bilik air ada. Aircond ada. Sofa ada. Okaylah tu. 🙂

 

Hari Khamis pulak pagi-pagi jumpa seseorang yang istimewa.

Bincang-bincang pasal bisnes. Dapat banyak sangat info dan idea baru. Excited dan happy sangat.

Lepas lunch dengan dia, buat makeover butik.

 

Pastu pukul 4 petang gerak ke Shah Alam untuk hantar barang dan makeover outlet di sana.

Dalam perjalanan singgah di GM Klang. Pada saya, tak best sangat. Barangan yang dijual semua lebih kurang je. Tak terlalu banyak pilihan.

 

Tengah sibuk menggantung shawl baru, Alhamdulillah dapat jual 3 helai. Rupa-rupanya ada pelanggan tetap yang selalu datang mencari stok shawl Nadeera yang terbaru. Terharu.. 🙂

 

Pukul 8 lebih bergerak semula ke Bangi. Pastu masukkan semua barang yang nak dibawa balik ke JB.

Serius banyak sangat. Bonet penuh. Belakang penuh. Sampaikan saya terpaksa duduk bersila sebab kat kaki saya penuh dengan barang.

Nampak gayanya memang nak kena beli van syarikat untuk hantar barang. Tak sanggup dah nak terus macam ni. Risau kereta cepat rosak sebab bawa muatan berlebihan.

 

Pukul 10 singgah makan malam di Restoran Suraya Thai di Seksyen 7, Bangi. Kat sini makan Tomyam dan Ikan Siakap 3 Rasa. Alhamdulillah sodap!!!

 

Lepas tu kami terus bertolak balik ke JB. Saya cuma tidur sahaja sepanjang perjalanan sebab dah sibuk sangat sepanjang hari.

Pukul 4 pagi sampai rumah. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *