Hari Mengawan

Maaf tersilap tulis tajuk pulak. Sebenarnya hari berkawan. 😛

 

Pukul 11.30 pagi jumpa seorang sahabat bernama Ana. Amik dia kat tempat kerja dia. Pastu pergi lunch sama-sama.

Lepas lunch sambung sembang-sembang kat ofis dia pulak. Ana ni ada bisnes Pusat Bahasa Inggeris.

Saya kenal Ana masa tahun 2008. Masa tu kami buat roadshow Public Mutual sama-sama. Alhamdulillah ada chemistry dan terus bersahabat sampai sekarang.

Seronok juga bincang-bincang pasal bisnes dengan Ana.

Lagipun Ana ni jenis sempoi. Jenis yang tak terlalu stylo dan tak pakai barangan branded. Hidup pun simple simple dengan komitmen bulanan yang rendah. Hati yang tenang dan jiwa yang lapang. Memang boleh masuk sangat. 🙂

 

Dalam pukul 2.30 saya pun minta diri.

Dalam perjalanan balik ada seorang sahabat bernama Dayah call nak datang rumah.

Kami pun berbual mesra gelak ketawa kat rumah saya. Dayah ni kawan semasa belajar di UTM Skudai dulu. Sekarang dia bekerja sebagai seorang cikgu.

Dayah ni pendengar yang baik. Kalau saya ulang cerita yang sama pun, dia dengar je. Tapi nanti dia cakaplah, sebenarnya ko dah pernah cerita benda ni kat aku. Hahaha!

Dayah pun jenis sempoi jugak. Kami pun sempatlah juga dok mengumpat cikgu sekolah dia yang jenis bergaya over the top. Jenis nak pakai barang branded je dan suka perlekehkan orang yang tak bergaya macam dia.

Kalau dengan Dayah ni, banyak la jugak aktiviti mengumpat. Tapi yang bagusnya masing-masing mengumpat tanpa sebut nama. Dahlah saya pun tak kenal kawan-kawan dia yang lain, jadi memang sekadar dengar cerita jelah. Taklah kenal orangnya siapa. So takdelah rasa berdosa sangat. Mengumpat sekadar melepaskan gian nak bergossip gitu. Hahaha..

 

Dalam pukul 4 lebih, Dayah ajak singgah rumah dia pulak lepas saya ambil anak dari sekolah.

Macam saya, Dayah ada 3 orang anak lelaki. So bila anak saya dan anak saya bermain bersama, memang meriah sangatlah.

Ali pun suka sangat jumpa Dayah. Siap nak naik kereta Dayah lagi. Dayah kata sepanjang perjalanan dia dok bercerita je.

Lepas tu lepak rumah Dayah sampailah lewat petang.

 

Alhamdulillah happy sangat dapat jumpa sahabat-sahabat. Secara tak langsung kuranglah sikit kerinduan pada suami terchenta. Hihihi..

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *