Hari Biasa Seorang Tokey Kedai Kain

Pagi ni bangun pagi di rumah sendiri dalam keadaan tidak tergesa-gesa. Alhamdulillah… happy sangat.

Bila turun bawah, tengok pulak muka Cik PA tersayang, rasa happy lagi.

Tapi bila jumpa Cik PA, mulalah saya lepas geram. Maklumlah antara job scope Cik PA adalah sebagai kaunter aduan. 🙂

Dalam pukul 12 keluar ke Benang Hijau Tesco Bukit Indah. Keluar nak jumpa seorang minah Indon yang nak mintak kerja.

Minah ni ada permit kerja bebas tapi dalam bidang construction. Yang bagusnya dia sangat pandai demand harga. Dia mintak gaji RM1700 sebulan. Hebat!

Saya cakap saya tak mampu bayar gaji macam ni untuk jaga outlet. Dia pun cakap dia boleh pertimbangkan jika saya dapt offer gaji at least RM1500 sebulan atau RM50 sehari.

Tapi saya tak terus setuju sebab saya nak cek dulu status permit dia. Kalau memang permit tu boleh tukar untuk kerja kedai, mungkin saya pertimbangkan.

Dari Bukit Indah, saya dan suami pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tujuannya untuk tambah cawangan baru pada sijil SSM. Perlu buat ni untuk apply mesin kredit kad.

Bila saya tengok balik sales di Benang Hijau Bangi, hampir 50% sales adalah menggunakan kredit @ debit kad. Pastu selama ni pun dah ramai yang tanya tentang kredit kad ni. Jadi memang dah tahap wajib untuk letak mesin kredit kad di outlet-outlet lain.

Lepas tu singgah makan petang dengan suami. Pekena Tom Yam, Siakap 3 Rasa & Sotong Celup Tepung di Restoran Lokman, Taman Sri Putri. Lepas gian sebab langsung tak merasa Tom Yam semasa kami di Bangkok.

Dalam perjalanan balik rumah, saya minta suami drop saya di outlet Benang Hijau Jusco Taman Universiti. Sengaja singgah untuk sembang-sembang dengan Kak Shamsiah. Sepanjang dia kerja, belum sempat berbual mesra. Selalu datang kejap-kejap je hantar barang. Jadi saya pun duduk bersantai sambil-sambil berkenalan dengan lebih lanjut.

Terlanjur dah datang, saya pun buatlah perubahan sikit pada susunatur barang di kiosk.

Sejam lebih kat sana, suami pun datang semula ke Jusco Taman Universiti bersama anak-anak. Saje nak bawa diorang makan dan belikan mainan.

Penat jugak bila ada banyak outlet ni. Staf di luar Johor fikir mesti saya selalu jumpa staf-staf di JB. Tapi sebenarnya memang tak.

Esok nak jumpa management Airport Senai untuk urusan hand over kedai. Lepas tu nak renovate. Dan mungkin dalam minggu depan dah boleh start beroperasi. Alhamdulillah tercapai cita-cita nak ada kedai di airport. 🙂

Lepas ni cukuplah. Taknak tambah outlet dulu. Nak perbaiki outlet sedia ada pulak.

Okay bye. Good night!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *