Hargailah Pengorbanan Orang Tua Kita..

Saya baru sahaja dihubungi oleh seorang klien yang mengadu dia kecil hati sangat dengan kata-kata salah seorang anaknya.

Klien saya ni bukanlah orang senang. Jadi dia tak mampu nak bagi kemewahan pada anak.

Namun begitu, dia selalu menggalakkan anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh untuk ubah masa depan keluarga.

Salah seorang anaknya baru sahaja menjadi pegawai kerajaan.

Baru-baru ini anak dia berkata,

Saya tak hormat ayah sebab ayah tak tanggung saya.

 

Dia sedih sangat dengan kata-kata anak dia. Memang la dia tak mampu bagi duit masa anak dia belajar di universiti, tapi dia dah besarkan anak dia sampai boleh bersekolah dan masuk universiti.

Sedih sangat dengar luahan hati dia.

Kepada rakan-rakan semua, hargailah segala pengorbanan ibu bapa kita. Tanpa mereka, siapalah kita. Kalau kecik-kecik dulu mereka tak sekolahkan kita, kita pun tak akan berjaya macam sekarang.

Kalau kita tak hargai ibu bapa kita, suatu hari nanti anak-anak kita pun tak hargai kita. Nauzubillah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *