Hampir Seminggu Tak Update

Jom tengok jadual hidup seorang usahawan bernama Fadzilah Mamat

Sabtu 19 Mei –

Register untuk NSC (National Sales Convention).
Pastu hantar barang di outlet Bangi & Shah Alam. Hantar barang + kira stok + kira duit + susun barang baru.
Lepas tu balik ke tempat Convention.
Pastu berehat sekejap di bilik.
Pukul 7 petang singgah sekejap di outlet Seri Kembangan.
Pukul 8.30 malam singgah outlet Bangi sekali lagi untuk jumpa pakcik saya dan juga seorang saudaranya yang nak memborong kain dan baju.
Pukul 11 malam bertolak balik ke JB.

Ahad 20 Mei
Pukul 12 pagi singgah tidur di R&R Nilai.
Pukul 2 pagi sambung perjalanan.
Pukul 4.30 pagi sampai di rumah.
Keluarkan dan asingkan kain dan baju yang nak dihantar ke outlet-outlet di JB.
Pukul 5.30 pagi suami sahabat datang ke rumah untuk hantar saya dan suami ke airport.
Pukul 6.30 pagi check in.
Pukul 8 pagi sampai di KLIA.
Pastu naik KLIA Express ke KL Sentral.
Pastu breakfast di KL Sentral.
Pukul 10 pagi owner butik yang saya nak take over pickup kami di KL Sentral.
Pastu sembang-sembang dengan dia.
Pukul 11 pagi jumpa Dato’ pemilik bangunan butik yang saya akan sambung sewa bermula 1 Jun.
Alhamdulillah Dato’ ni sangat baik dan nak tolong Melayu.
Saya siap tanya harga in case saya nak beli bangunan ni pada masa akan datang. Harga sekarang 2.1 juta. Katanya kalau dah ada RM200,000 boleh jumpa dia. Dia akan jual kalau saya serius nak beli.
Pukul 2 petang owner butik hantar kami ke Hotel Sunway. Suami terus balik bilik tapi kami terus berbual dan singgah minum di kopitiam sehingga pukul 4 petang.
Masa ni kan, otak dah hampir HANG sebab cuma sempat tidur dalam 2 jam je semalam.
Pukul 5.30 petang bertolak ke MIECC untuk Annual Awards Night. Naik bas ramai-ramai dan sempatlah saya tidur sekejap dalam bas.
Pukul 7 malam majlis bermula.
Pukul 9 malam dah rasa mengantuk sangat. First time tertido dalam majlis rasmi. Hahaha..

Isnin 21 Mei
Pukul 12.30 malam sampai di bilik dan terus tidur.
Pukul 4.30 pagi bangun.
Pukul 5.30 pagi bertolak ke KLIA.
Pukul 9 pagi berlepas ke Bangkok.
Pukul 11 pagi sampai di Bangkok.
Destinasi pertama makan.
Lepas tu pergi melawat sebuah kuil yang tersohor. Ya Allah panas sangat. Penat, panas, badan melekit. Memang tak selesa sangat.
Pukul 3 check in kat hotel.
Pukul 5.30 keluar makan malam. Bangkok tersangat jem. Saya pun ambil peluang untuk tidur di sepanjang perjalanan ke mana-mana.
Pukul 10 malam sampai di hotel.
Sampai di bilik, saya turun semula sebab nak guna WIFI di lobi.
Hotel yang kami duduk tu bukan main hebat. Harga bilik yang paling murah pun USD250 semalam. Tapi kalau nak FREE WIFI kena guna kat lobby. Terpaksalah wanita yang gigih pergi lobi untuk cek order dan juga untuk menerima laporan sales di setiap outlet.

Adui… Panjangnya karangan malam ni. Hari ni pun penat sangat ni. Seharian dok setup outlet baru di Tesco Bukit Indah. InsyaAllah esok lusa saya sambung ya. Dan InsyaAllah ada laporan bergambar jugak.

Okay bye. Assalamualaikum!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *