Haiii…

Last entri 25 Nov. Ni dah 3 Disember. Boleh tahan lama jugak.

 

Selepas entri yang lepas, esoknya saya ada event di Wisma Matrade iaitu Incoming Buyer Expo.

Kat sini saya dimatchkan dengan buyer dari pelbagai negara yang berminat untuk membeli produk berasakan pakaian dari Malaysia.

Antara buyer yang saya jumpa adalah dari Jepun, Russia, Mesir, China, Thailand dan Indonesia. Sepatutnya ada 3 negara lagi yang saya kena jumpa tapi saya balik lebih awal dari sepatutnya sebab tak larat sangat.

Memang best pengalaman ni. Rasa macam international businesswoman gitu.

Ada yang berminat dengan produk saya. Ada yang nak europian fashion. Ada yang nak baju slimming. Ada jugak yang sebenarnya belum bersedia nak membeli tapi sekadar nak menambahkan network dalam bidang pakaian.

Kali ni memang tak bersedia sangat. Cuma bawa sample shawl dan juga tunjuk gambar produk di website Benang Hijau.

Bila dah berjumpa dengan international buyers ni, saya dah tahu apa persediaan yang perlu dibuat untuk perjumpaan di masa akan datang.

So InsyaAllah tahun depan akan join lagi dengan persiapan yang lebih rapi dan presentation yang lebih mantap.

 

Lepas event tu, saya sekeluarga balik Kelantan.

Balik untuk jengah outlet di KB Mall yang dah lama tak jengah. Sempatlah buat make over dan interview pekerja baru.

 

Selain tu kami pun cari rumah untuk disewa @ dibeli. Untuk beli belum ada yang betul-betul berkenan (sebenarnya duit pun tak berapa nak ada). End up kami sewa sebuah rumah di Jalan Salor – Kota Bharu. Berdekatan dengan Wakaf Che Yeh.

Kami pilih rumah ni sebab tak jauh dari kawasan bandar dan juga sekolah anak-anak (Sekolah Rendah Islam Aman, Telipot). Selain tu rumah ni pun ada laman yang sangat luas. Boleh buat sebijik lagi rumah kalau nak.

Once dah menetap di Kelantan nanti barulah nak decide samada nak buat rumah di kampung suami @ di kawasan bandar.

 

So insyaAllah kami akan berpindah ke Kelantan akhir Disember ni. Rumah kami di Skudai ni kami nak sewakan. Dulu-dulu berminat nak buat bisnes homestay. Tapi kalau nak buat homestay macam renyah pulak.

Excited. Tapi nervous jugak mengenangkan 5 outlet Benang Hijau di JB.

 

Tapi insyaAllah okay kot sebab sekarang pun saya cuma melawat outlet sekali sekala dan ada staf yang audit stok dan uruskan penghantaran stok baru.

 

Dah hampir seminggu berada di Kelantan, kami balik ke JB semula pada hari Sabtu yang lepas.

 

Since dah lama bercuti, sampai je di JB saya dan suami melawat ke semua outlet untuk improve susunatur barang dan hantar stok baru.

Hari ni pulak pergi ke pejabat Harian Metro untuk buat artwork iklan yang akan keluar pada hari Ahad ni.

 

Fuh.. panjang lebar ulasan aktiviti.

Okay bye. Sehingga jumpa lagi. 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *