Hai..

Macam lama je tak update. Hihihi..

Last update 20 Mac. Hari ni dah 23 Mac. Tak la lama sangat. 🙂

 

Dalam masa 3 hari ni Alhamdulillah sangat sibuk dengan order online.

Hari ni je ada lebih 30 parcel yang nak diposkan selain sibuk siapkan shawl yang nak dihantar ke butik Bangi.

 

Untuk outlet di KB Mall dan di JB dah hantar sebahagian kecil semalam bersama-sama dengan baju kurung baru.

 

Setakat ni, belum beli apa-apa barang baby sampaikan suami dah risau kotlah saya terbersalin awal.

InsyaAllah dalam minggu ni nak settlekan barangan baby.

 

Sebenarnya beberapa hari ni sibuk mencukupkan duit untuk bayaran deposit kedai bagi cawangan baru di Mydin Kubang Kerian. Alhamdulillah dah nak cukup dah. Tinggal sikit je lagi. So dah boleh bertenang. 🙂

 

Budget bulan ni tight sikit dari biasa sebab kebetulan akhir bulan ni jugak nak kena bayar sewa untuk outlet di KB Mall. Kat sini kena bayar sewa setiap 3 bulan. Sewa RM2800. So untuk 3 bulan kena terus bayar RM8400.

Campur pulak dengan deposit kedai baru dengan jumlah lebih RM20,000, memang betul-betul menguji ketahanan seorang usahawan yang sedang mengandung.

 

Tapi takpe, bulan ni je tight. Lepas ni insyaAllah dah takde dah macam ni. Lepas ni cuma nak tambahkan stok kedai dan sentiasa keluarkan stok terkini.

Lagipun dalam 3 bulan lebih lagi dah nak raya jadi nak kena standby stok raya siap-siap.

 

Sebentar tadi interview dua orang pekerja baru untuk bahagian production. Excited sangat bila askar dah bertambah maka cepatlah sikit proses pembuatan. Saya pun bolehlah berehat sikit dan takdelah sibuk sangat macam sekarang.

 

Okay bye. Sampai jumpa lagi. 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *