Hai.. Apa Khabar Orang Kampung.. :)

Maaf lama tak update.

Sebenarnya line internet kat rumah ni tersangatlah slow. Kadang rasa nak menangis je bila bukak internet.

Selalunya saya online guna internet handphone. Tapi bila dah banyak sangat guna, sekarang dahpun limit. Ayoyo..

Sebelum cuti raya haji, kami join expo KB Grand Fest di Kelantan Trade Centre.

Sejujurnya nervous sangat.

Sebab dah ada dua outlet di Kota Bharu ni kan. So rasa macam maybe orang pun taknak datang la.

Rasa macam mesti orang taknak bersesak-sesak dan lebih prefer pergi ke outlet terus.

Tapi dalam risau, saya assign 7 orang staf untuk bertugas.

Awal-awal dah bagitahu, kalau tak sibuk, maybe beberapa orang je yang bertugas dan yang lain boleh balik.

Tapi Alhamdulillah sambutan sangat baik dan booth kami huru hara.

Keluarga suami pun semangat sangat bagi sokongan moral. Kakak dan abang ipar yang jenis tak berjalan pun gigih meredah kesesakan untuk datang melawat booth kitorang.

Ada yang sanggup parking sejauh 3km. Rasa terharu sangat..

Alhamdulillah sekarang diorang ni memang sangat support bisnes kitorang.

Dan kami pun rasa kena lebih serious supaya boleh maintain dan juga terus berkembang. Malu kat orang kampung oi! Hahahaha..

 

Alhamdulillah sales di festival ni lebih banyak berbanding sales di Terengganu. Serious happy. Serious excited nak join festival lagi. Punya excited tu kan, terus survey next festival. Dan dahpun siap bayar untuk festival pada akhir bulan ni dan juga pada bulan Disember.

Sekarang ni pulak tengah dok berkira-kira nak join expo di KL pulak pada minggu hadapan.

Macam nak je. Tapi belum finalize. 🙂

 

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge