Great Day

Hari ni sebenarnya tido pukul 7 pagi dan bangun pukul 10 pagi.

Jangan ditanya tentang jadual tido yang huru hara tu. Saya kalau tengah bersemangat memang takleh tido.

So basically today bangun dengan semangat baru dan mindset baru.

Pagi ni dapat call dari beberapa orang yang best termasuklah panggilan dari lori yang nak hantar perabot ofis dan perabot kafe yang saya beli di Guangzhou.

Pukul 10 lebih ada appointment dengan tax consultant. Yang bestnya dia datang bersama husband dia yang berpengalaman luas dalam bidang ISO dan SOP.

Borak borak saya bagitau tentang projek terbaru kami untuk buka cafe dan Alhamdulillah dorang sangat berpengalaman dan berpengetahuan kerana sebelum ni pernah bekerja di Starbucks.

Memang sebelum ni dok bincang bincang dengan team. Nak tahu sangat culture Starbucks macamana. Nak tahu sangat SOP diorang macamana. Nak tahu sangat training diorang macamana. Nak tahu sangat career growth diorang macamana.

Dan tetiba bila jumpa konsultan tu tadi rasa macam naik bulu roma.

 

After that meeting, sambung meeting dengan Swarovski dan bincang bincang tentang future project yang sangat mengujakan.

 

Pastu singgah kafe tengok progress renovation (yang sangat slow sebenarnya).

Pastu pergi jumpa supplier mesin kopi.

 

Dan selepas jumpa supplier tu kan, rasa macam dah nampak cahaya yang terang benderang dalam bisnes kafe ni.

 

Hohohoho!!!

 

Alhamdulillah. So many good things happen today. 🙂

 

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge