Good. Very good.

Pagi-pagi dapat berita kurang best.

Mula-mula pasal dua orang pekerja yang tak boleh datang kerja. Yang ni geram jugak kalau ikutkan. Tapi saya boleh sabar lagi.

 

Lepas tu yang terbaru supplier saya dari Vietnam msg bagitahu dia terlupa nak poskan sebahagian barang saya.

Alkisah masa saya pergi ke Vietnam minggu lepas, saya beli kain dengan supplier tu dan juga beberapa supplier lain.

Supplier tu kata dia boleh tolong poskan semua pada hari Selasa dan hari Khamis saya akan dapat barang. Alih-alih hari Jumaat baru dia poskan dan sampai sekarang saya belum terima barang.

Hari ni pulak bagitau ada barang yang dia lupa nak pos.

Sakit hati tak?

 

Saya cuma reply,

Good. Very good.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *