Gila

Gila ni ada banyak jenis.

Gila shopping. Gila makan. Gila berjalan. Gila kerja.

 

Saya rasa saya pun gila. Gila kain.

 

Pantang tengok kain cantik, geram.

Pantang tengok kain cantik, naik syeh.

Pantang tengok kain cantik, tak senang duduk.

Pantang tengok kain cantik, gila.

 

Sebenarnya datang kali ni kononnya taknak beli banyak sangat. Sebabnya hari Khamis ni akan sampai blouse, jubah, shawl dan kain-kain yang order sebelum ni.

Tapi bila dah sampai di bumi Vietnam ni, terus jadi gila. Janji dengan diri sendiri hanya tinggal janji.

Walaupun tak plan, last-last beli banyak jugak.

 

Beli kain pasang. Beli kain untuk buat blouse. Beli kain untuk buat baju kurung. Beli kain untuk buat shawl.

Kalau ikut hati, nak beli kain untuk jubah, skirt, baju tidur, baju kanak-kanak dan baju lelaki jugak.

Tapi hati ni tak boleh ikut sangat. Sebab hati ni takde duit. Berangan je lebih.

 

Bilalah hati nak jadi kaya raya duit berkoyan koyan dan boleh beli kain satu kapal. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *