Gigih..

Pukul 6.30 pagi saya dan suami keluar rumah untuk tumpangkan staf yang bertugas di butik Benang Hijau Senai Airport. Sebenarnya dia boleh je pergi dengan suami. Tapi sebab kitorang pun nak pergi sana untuk hantar barang, so kitorang tumpangkan sekali.

Sampai sana, suami pasang rak untuk gantung beg-beg kecik dan saya pun tolong susun-susun barang.

Pukul 8 lebih bertolak balik rumah.

Pastu angkat-angkat barang sebab hari ni ada projek baru.

 

Projek tambah satu lagi outlet di Jusco Permas Jaya. Outlet terbaru ni lokasinya betul-betul di sebelah @ di hadapan outlet sedia ada. Dan outlet ni khas untuk tudung sahaja.

Ni adalah plan adhoc atau boleh jugak dikatakan kerja gila. Semalam baru je terfikir nak buat. Tanya management Jusco Permas. Dia kata ada kosong. Terus hantar proposal. Officer dia luluskan. Dan hari ni terus start. Suami saya pun semput nak pasang railing. Hihihi..

 

Kononnya nak sampai di Permas sebelum pukul 10 tapi disebabkan barang agak banyak so kami sampai agak lambat.

Memandangkan management Jusco tak benarkan untuk buat kerja-kerja setup semasa waktu kerja, jadi saya terus angkat barang-barang ke outlet sedia ada dan gantung tudung di hanger.

Suami pulak pasang railing besi di kawasan Loading Bay.

 

Bila semua railing dah siap, dia angkat masuk. Railing ni tak berat sangat. Suami yang gagah perkasa boleh angkat 2 railing sekaligus. Bila dia dah letak railing kat ruang yang disediakan, saya pun teruslah gantung tudung.

Kiranya outlet baru settle kejap je.

 

Outlet lama pulak kami ubah kedudukan kabinet supaya pintu masuk mengadap outlet baru. Jadi senanglah staf-staf nak berbual mesra dan monitor kedua-dua outlet.

Yang ni cerewet sikit sebab ada wiring. Pastu pulak saya pun ada tambah blouse baru. So agak kelam kabut sikit. Mujurlah outlet tu agak tertutup so tak nampak sangatlah keadaan dalaman yang sangat huru hara.

 

Kat depan outlet saya ada kopitiam baru bukak. Namanya Kapitan Kopitiam. So tadi sambil-sambil setup kedai, sempatlah lunch kejap sebab dah lapar sangat. Sambil menunggu order, sempat lagi tukar baju di patung dan ubah-ubah kedudukan baju. 🙂

Pilihan makanan kat sini boleh tahan. Saya dan suami order 3 menu dan Alhamdulillah semua sedap. Harga pun boleh tahanlah. Taklah terlalu mahal. So memang akan pergi lagi.

 

Dalam pukul 3 lebih semua settle. Lepas tu singgah management office untuk sign agreement dan buat bayaran. Untuk menyewa kiosk di Jusco Permas ni, bayarannya adalah 1 + 1. Sewa RM2500. So 1 + 1 jadi RM5000. Saya bagitau siap-siap in case ada yang nak tahu.

Lain Jusco lain bayarannya. Kalau Jusco Bukit Indah, bayarannya adalah 2 + 1. Sewa RM2600. So 2 + 1 jadi RM7800.

 

Dah nak sampai rumah, singgah Jusco Taman Universiti untuk ambil blouse yang nak diposkan kepada pelanggan online. Dan seterusnya singgah Umall Pulai Utama sebab barang-barang dari Johor akan diposkan dari Umall.

Kat sini saya cuma tunggu tepi jalan je dan staf yang akan keluar ambil dan hantar barang. Tak larat nak cari parking.

 

Dah settle semua, dalam pukul 4 dah sampai di rumah yang manis. Main dengan Ali. Golek-golek depan komputer. Hantar emel. Balas emel. Cari info berkaitan bisnes. Dan update blog ni.

 

Malam ni nak beraya di rumah Kak Yati Meletop. Dia dah siap masak Kambing Madu. Tertunai jugak permintaan sejak 2 tahun lepas. Tak sia-sia ulang permintaan berkali-kali. Hihihi..

Okay bye. Datin minta diri dulu.  😛

 

 

 

One thought on “Gigih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *