Gigih Mengomen

Orang yang gigih adalah orang yang gigih nak bagi komen negatif di blog orang.

Serius gigih. Rajin. Berusaha. Dan banyak betul sifat terpuji. Hahhaa…

Saya ni selalu jugak baca blog orang. Dalam pada sibuk, memang sempat menyibuk. Kepoh sangat sebenarnya. 🙂

Tapi takdelah gigih sangat nak bagi komen. Apatah lagi komen negatif.

Jadi, bila ada orang yang komen negatif di blog saya, memang saya rasa kagum. Kagum dengan kegigihan dia.

Rasa nak balas komen dia dengan ayat macam ni..

Bagus la awak ni. Gigih sangat mengomen. Saya yakin awak pun sorang yang rajin, bersemangat dan seorang yang cemerlang. Selamat berkenalan ya! 🙂

 

 

2 thoughts on “Gigih Mengomen

  1. amirahzainab

    If a person were wise, his concern over his own sins would distract him from seeing the faults of others.

    -Imam Shafi’e-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *