Gigih Mengarang Walaupun Internet Lembap

Kalaulah anda tahu betapa perlahannya kelajuan internet saya (128kbps) , pasti anda akan tahu betapa gigihnya saya untuk mengarang dan memasukkan gambar ke dalam artikel-artikel saya.

Sekarang saya menggunakan talian internet Digi dengan menjadikan iPhone saya sebagai modem.

Sebenarnya kelajuannya agak okay tapi setiap bulan limitnya cuma 5GB. Dan setiap hujung bulan sehingga 8hb saya terpaksa bersabar sangat.

Selepas berbincang dengan suami, dia bersetuju untuk kembali melanggan Streamyx. Tapi suami sangat sibuk minggu ni dan tak sempat nak daftarkan Streamyx. Terpaksalah saya redha je.

Tapi sebagai seorang yang positif, saya pun cuba fikir apakah kelebihan masalah ni.

Salah satu yang saya dapat adalah blogger tak patut letak terlalu banyak gambar atau video kat dalam blog sebab saya pasti ada ramai sangat orang yang mempunyai masalah internet lembap macam saya.

Kalau pergi bercuti, tak perlu masukkan terlalu banyak gambar. Masuk yang penting-penting je. Kalau tak, memang tak sampai mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca-pembaca macam saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *