Geram Aku Geram

Sebelum ni rasanya saya pernah buat pengakuan. Saya ni tak sabar. Yang bagusnya, bila buat bisnes, saya buat betul-betul sebab tak sabar nak berjaya.

Yang tak bagusnya, lagi banyak.

 

Pagi ni rasa geram dengan seorang staf saya. Dah 4 hari saya SMS tanya berapa jumlah sales kedai tapi dia tak reply. Mujurlah kedai tu ada 2 syif. Budak syif pagi ada reply tapi kakak syif petang ni memang tak reply.

Sakit sangat jiwa akak ni dek non!!!!

 

Setiap hari saya akan update sales report semua outlet. Nak tengok lepas target @ tak. Kedai mana yang bermasalah. Kedai mana yang perlu diberi perhatian. Kedai mana yang sales paling meletop. Apa produk yang terjual. Apa produk yang perlu ditambah.

Tapi bila ada report yang tak lengkap, memang rasa tak best sebab rasa ada benda yang tak selesai.

 

Akak ni pun problematic sikit. Jiran-jiran sebelah cakap dia selalu bukak kedai lambat dan tutup awal. Dia pun tak disenangi oleh pekerja syif pagi dan adik-adik praktikal. Kami pun baru dapat tahu dia ada jual barang lebih mahal daripada harga yang kami tetapkan. Contoh barang harga RM25, dia jual RM30. RM25 untuk kedai. RM5 masuk poket dia. Bijak ke tak bijak orang macam ni?

Akak ni berusia awal 40-an dan dia merupakan pekerja saya yang paling berumur. Masa dia nak start kerja pun dia cakap dia baru je diberhentikan kerja. Saya pun tak naklah fikir negatif. Ada banyak sebab kenapa dia diberhentikan kerja. Tak semestinya salah pekerja.

Tapi bila dah banyak buat hal, memang saya jadi buruk sangka. Mungkin diberhentikan dulu pun sebab attitude problem.

 

Hari Isnin ni ada pekerja baru akan masuk. Lepas tu tengok macamana. Kalau masih tak okay, mungkin saya terus pecat. Tak sanggup nak terus makan hati dengan sikap dia.

 

Kat outlet Permas Jaya & Jusco Taman Universiti pulak, masalah lain. Pekerja yang bekerja adalah adik-adik yang sedang bercuti semester. Kebetulan dua-dua ni pelajar UTEM.

 

Diorang ni bagus dan boleh diharapkan sangat sangat. Serius suka dan jatuh sayang pada diorang ni. Rajin. Berdedikasi. Boleh harap. Comel pulak tu.

Yang sorang tu anak yatim. Kerja untuk bayar yuran pengajian. Bagus sangat. Tengah belajar pun dah berdikari dan taknak susahkan keluarga.

Diorang akan berhenti bermula September ni. Sedih pulak rasa sebab saya dah anggap macam adik-adik saya.

Semalam salah seorang tanya, boleh tak nak kerja lagi untuk cuti semester yang akan datang. Mestilah boleh kan. Kalau pekerja terbaek macam ni, tak ada kerja pun, saya akan adakan jugak.  🙂

 

Bila pekerja best, rasa seronok nak lepak lama-lama kat kedai.

 

Sekarang saya masih ada kat Skudai lagi. Plan untuk ke Bangi ditangguhkan ke tengahari esok untuk bagi laluan kepada Abang Iqbal pergi ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum dia.

Tengahari ni mungkin keluarga Kak Long dan adik-adik saya akan sampai. Dan petang ni pulak nak hadiri perkahwinan rakan UTC.

Esok pulak nak ikut sama pergi merisik bakal kakak ipar di Segamat dan seterusnya akan ke Bangi dan Shah Alam untuk hantar stok terkini.

 

Okay sampai jumpa lagi!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *