Genap 5 Tahun..

Hari ni genap 5 tahun saya mula menulis di blog ini.

Banyak kisah suka duka sepanjang tempoh ini. Semasa saya mendaftar blog ini, saya sedang menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di UTM.

Masa tu saya sudahpun jadi Unit Trust Consultant tapi tak terlalu aktif. Mungkin sebab masa tu saya masih muda dan tak ada banyak kenalan.

Pada tahun 2007 tu saya menonton video The Secret. Masa tu saya tampal di dinding rumah untuk mendapat pendapatan RM10,000 sebulan. Masa tulis tu memang tak nampak jalan.

Cuba buat bisnes online, tak ok. Nak ajak orang melabur pun, tak pandai. Duit memang cukup-cukup makan sahaja setiap bulan. Ada masanya rasa loser sangat bila melihat kejayaan rakan-rakan yang berkerjaya hebat.

Tapi saya terus membaca dan mengkaji kisah-kisah kejayaan orang. Belajar dan terus belajar untuk memperbaiki diri. Dan ternyata tidak mustahil untuk mendapat pendapatan RM10,000 sebulan.

Sekarang saya juga masih belajar. Belajar ilmu pemasaran, ilmu kepimpinan, ilmu laman web, ilmu laman sosial dan sebagainya.

Jika anda juga seperti saya dahulu, bercita-cita tinggi tetapi tidak nampak jalan, jangan mudah berputus asa ya.

Rajin bertanya, merendah diri, tidak kedekut ilmu, jaga hubungan dengan orang di sekeliling, dan insyaAllah anda akan mula ‘nampak’ peluang-peluang yang sebelum ini ada tapi anda tak nampak.

Salam sayang,
Fadzilah Mamat
3 September 2012

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *