Gemok Dan Sihat

Semalam check up pregnancy dan doktor suruh saya minum air gula pagi ni untuk cek samada saya ni ada kencing manis atau tak.

Untuk minum air gula ni, kena berpuasa dari pukul 10 malam. Tapi sebab saya dinner awal, saya dah berpuasa dari pukul 8 malam.

Pukul 8 pagi lepas hantar anak-anak ke sekolah saya pun terus ke KBMC.

Mula-mula nurse amik darah.

Pastu dia bagi minum air ribena yang tersangatlah manis. Okaylah jugak minum air ribena. Dulu masa mengandungkan Ali kena minum air gula semata-mata dan memang rasa tak boleh telan.

Lepas tu dia suruh puasa lagi dalam 2 jam dan datang lagi dalam pukul 10 pagi untuk ambil darah.

 

Sementara menunggu, saya balik rumah, amik PA dan bawa ke pejabat Public Mutual Kota Bharu untuk kenal tempat dan juga untuk install CAMS di laptop cik PA.

Selesai urusan di sini, patah balik ke KBMC.

 

Masa tu dah rasa lapar sangat. Yelah, tak makan dari pukul 8 malam kan.

Sementara menunggu untuk ambil darah, terus standby sandwich dan air. Selepas amik darah, masuk kereta dan terus ngap. 🙂

 

Lepas tu balik rumah.

 

Petang ni dapat berita gembira. Alhamdulillah saya takde kencing manis.

Fuhhhhh… lega sangat.

Kalau ada, memang renyah. Sebab nanti nak kena ambil darah dalam 3 kali sehari camtu.

 

Pendek kata, walaupun gemok, tapi masih sihat. Hihihihi…

 

Tapi tak bermakna lepas ni boleh melantak macam-macam kan. InsyaAllah nak cuba control makan jugak. Taknaklah berat naik melampau-lampau dan seterusnya menyusahkan diri sendiri yang tak larat bawa badan.

 

Itulah berita yang sangat menggembirakan saya untuk hari ni. Serius lega.

 

Ada satu lagi berita best. Pagi tadi Ali cakap nak sekolah. Dia bosan duduk rumah je menunggu kepulangan Abang & Abang Adi.

So tadi saya dan suami pun bawa dia ke sekolah PASTI berdekatan rumah untuk mendaftar.

Yuran PASTI kat Kelantan ni murah sangat. Untuk bulan ni RM30 sebulan sebab balik pukul 12 tengahari. Dan seterusnya cuma RM40 sebulan dan balik pukul 1 tengahari. Yuran ni siap dengan makan pukul 10 pagi dan juga sedikit kuih muih sebelum balik.

Yuran PASTI kat Johor masa zaman Abang Adi dulu dalam RM80 sebulan tapi makanan kena bawa sendiri. Tu pun saya rasa dah rasa murah.

Tapi RM40 sebulan tu macam terlampau murah. InsyaAllah ada rezeki lebih mungkin kami akan sponsor kuih muih @ apa-apa keperluan sekolah.

 

Macam tak sangka Ali dah nak sekolah. Kejap betul masa berjalan.

Kat borang tu kena tulis in case anak ada sebarang penyakit @ apa-apa masalah.

Saya tulis : GARANG.

Hahaha…

Sebab Ali ni memang garang dan asyik nak menang je. Maklumlah anak bongsu (setakat ni). Harap-harap bila dah sekolah dia jadi makin pandai dan makin bertolak ansur.

Tak sabar nak tengok dia pakai baju sekolah esok. Hihihi..

2 thoughts on “Gemok Dan Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *