Gelepor

Gelepor = Tak sabar.

Ni bahasa orang Terengganu. Kalau orang Kelantan, jadi Gelepar. 🙂

Sekarang saya masih berada di Skudai, Johor tapi saya rasa Gelepor nak berada di Bangi.

Sepatutnya dah boleh gerak lebih awal tapi kereta dah tahap wajib untuk pergi buat alignment tayar. Jadi sekarang saya sedang tunggu suami buat alignment dan balancing. Menunggu di outlet Benang Hijau Umall. Sambil-sambil jumpa staf kat sini dan lepas ni kami akan terus gerak ke Bangi.

Rasa bersalah dengan staf di Bangi sebab kena uruskan barang-barang yang sangat banyak. Nampaknya nak kena belanja diorang makan Pulut Mangga ni. 🙂

Plan nak ke Kelantan pun terpaksa ditangguhkan sebab hari Sabtu nak pindahkan barang dari outlet Seri Kembangan ke Bangi dan hari Ahad pulak suami ada kursus Photoshop di Shah Alam.

So semua barang-barang yang nak dihantar ke outlet Benang Hijau di KB Mall akan diposkan guna Poslaju je dulu.

Mungkin dua minggu lagi baru balik sana. Untuk hantar koleksi raya. 🙂

Tadi semangat pergi kedai majalah sebab nak tengok majalah Nur bulan Julai. Orang Karangkraf kata majalah ni selalu keluar awal. Dalam 20hb dah keluar. Saya pun berlari-lari anak dengan penuh comel ke kedai majalah.

Rupa-rupanya belum keluar. 🙁

Excited sangat first time masuk majalah. Hihihi…

Okay bye!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *