Gatal Nak Tulis Blog Sangat..

Pastu bila orang kata dia baca blog ni, rasa malu…

Ngada kan?

 

Sekarang saya di dalam bilik hotel Gia Huy yang berdekatan dengan Pasar Ben Thanh di Vietnam.

Kali ni datang ke Vietnam bersama 10 orang peserta yang bersemangat nak memulakan bisnes kain cotton, tudung 3 layer dan juga baju kurung.

Risau sebenarnya bila berurusan dengan orang ni. Risau ada yang kurang berpuas hati dengan pakej yang saya tawarkan ni. Risau peserta kurang selesa. Risau risau risau…

Tapi saya cuba yang terbaik je. Sebab memang mustahil nak puaskan hati semua orang pada setiap masa.

Yang penting niat saya nak berkongsi tentang cara-cara dan tempat-tempat saya memborong di Vietnam dan seterusnya saya mendapat kenalan baru yang sama-sama berniaga.

Saya pun yakin rezeki Allah sangat luas dan setiap yang berusaha pasti akan dapat ganjaran.

Ok bye. Nak keluar borong kain dulu!

 

One thought on “Gatal Nak Tulis Blog Sangat..

  1. Tudung Labuh Online

    Bila niat nak belajar.. Sebaik baik anak murid ialah yang beradab dengan gurunya

    Baru berkat.

    Walaupun nampak macam remeh je. Tapi secara tak langsung.. rombongan yang ikut akak tu adalah anak murid juga kan.

    Best baca blog akak ni.

    Minta halal ilmu ya. Banyak dapat belajar dan gambaran bisnes tudung online ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *