Fuhhhhh Legaaa…

Sekarang saya sedang menunggu flight untuk balik ke Malaysia.

Hari ni sibuk sangat. Pagi keluar beli kain. Check hasil belian. Asingkan kain yang urgent. Asingkan kain yang nak diposkan guna kapal. Asingkah kain yang nak diposkan guna Fedex.

Semua pelanggan nak cepat. Semua ada event dan tak sabar-sabar nak kain.

Last-last saya terpaksa tinggalkan baju busuk saya di Vietnam. Hahhaa..

Mula-mula ingat nak minta kawan poskan guna Fedex. Tapi rasa sayang duit pulak. So minta dia hantar dobi dan simpan. Nanti datang lagi dah ada baju. 🙂

Memang seronok dapat tunaikan permintaan pelanggan. Tapi seriously pening. Sebab luggage cuma 20kg. Berapa banyak je yang boleh bawa balik terus. Memang ada yang kena tunggu.

Pastu pulak, tengah kelam kabut teringat yang saya belum check in. Padahal dah banyak kali travel dengan MAS, tapi rasa bodoh sekejap. Tetiba confuse samada kena check in dulu atau boleh check in kat airport je.

Masa pergi airport punyalah berdebar. Kotnya tak boleh naik, tak tahulah camne. Kalau kena beli tiket saya sorang, okay lagi. Tapi kalau nak kena beli tiket untuk peserta saya yang sorang lagi ni, macamana? Nak pitam kejap.

Tapi tabahkan hati. Pergi airport dengan tenang. Keluarkan barang dengan tenang. Bayar teksi dan tips dengan tenang. Pergi ke kaunter dengan tenang.

Dan Alhamdulillah memang tak perlu check in awal-awal. Kiranya boleh check in kat airport. Fuhhhhh… lega sangat!!!!!!

Sekarang ni sedang berehat selepas menjalani fasa sibuk terlampau sebelum balik tadi. Bolehlah balas-balas emel, PM dan juga update blog ni.

Lenkali taknak balik Jumaat lagi. Sebab suntuk sangat. Kapal jalan hari Jumaat jadi kena siapkan barang sebelum pukul 12.

Dan kalau hantar barang guna Fedex pulak, barang hanya akan sampai pada hari Rabu depan sebab Sabtu & Ahad cuti. Dekat seminggu. Sia-sia je bayar mahal tapi barang lambat sampai.

Trip kali ni pun best sangat. Peserta yang saya baru kenal sehari sebelum berlepas memang best dan boleh masuk sangat.

Dahlah saya belajar banyak benda dengan dia sebab dia adalah seorang kontraktor wanita yang berjaya. Yang bestnya lagi sebab rumah dia pun dekat sangat dengan rumah saya. Dia pun suka travel. Jadi lepas ni saya ada geng untuk ke mana-mana. Yeayyy!!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *