Fuhhhhh.. Lega!!

Hello & Assalamualaikum…

Malam ni bersiaran dari Shah Alam. Kiranya sekarang ni secara tak langsung dah jadi warga Shah Alam la. Hihi..

Minggu lepas super hectic.

Rabu – pergi ke kilang karpet + kedai barangan display di Nilai.

Khamis – pergi ke butik Bangi untuk setup POS system + survey kedai lampu di Nilai.

Jumaat – barang sampai dengan lori + setup butik + orang pasang karpet dan buat wiring lampu di butik. Pukul 2 pagi gerak balik ke KB.

Sabtu – Sampai di KB pukul 12 tengahari. Balik rumah untuk mandi dan bersiap. Pastu attend wedding anak saudara suami. Petang balik rumah kejap. Pastu lepas maghrib keluar lagi untuk majlis ramah mesra dengan pengantin. Pukul 11 malam sampai rumah. Print tanda harga dan tutorial bergambar untuk butik + kemas baju untuk bermusafir. Tido dalam pukul 3 pagi.

Ahad – 5 pagi bertolak ke airport. 8.30 pagi sampai di Shah Alam. Bagi arahan kepada staf untuk susun barang yang baru dibawa. 10 pagi dah start terima kedatangan pelanggan.

 

Sekarang tengah golek-golek sambil mendengar dengkuran manja Yaya. Hihihi..

 

Alhamdulillah lega sangat semua dah settle. Walaupun masih ada banyak benda yang boleh diperbaiki, tapi overall rasa puas hati sangat sebab dapat buat apa yang dah lama nak buat seperti POS system dan juga Membership Card.

Alhamdulillah sales hari ni pun agak meletop walaupun Grand Opening dibuat pada tarikh yang kurang strategik sebab ramai yang belum dapat gaji dan ketiadaan mesin kredit kad.

 

Atas permintaan pelanggan setia di Bangi, nampaknya kena buat juga Customer Appreciation Day dalam masa terdekat. Tak fair pulak buat macam-macam promosi untuk butik baru tapi tak hargai pelanggan di Bangi. So insyaAllah dalam masa terdekat nak uruskan projek ni pulak. 🙂

 

Bila dah berada di butik, seronok dapat jumpa dan layan pelanggan. Puas hati dapat dengar feedback diorang dan dapat lihat kegembiraan diorang shopping.

Kalau sebelum ni hampir setiap minggu meeting dengan Production Team, lepas ni kena selalu buat meeting dengan Sales Team pulak. Supaya dapat terus improve dan bagi servis yang lebih baik kepada pelanggan.

InsyaAllah lepas ni nak sediakan budget khas untuk improve susunatur butik dan outlet.

 

Esok malam nak shoot koleksi terbaru. Kali ni dengan 3 orang model. Satu lama dan dua baru.

Serius excited sangat.

Okay bye. Sampai jumpa lagi. 🙂

 

One thought on “Fuhhhhh.. Lega!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *