Fuh… Legaaaa..

Baru lepas emelkan proposal untuk bisnes Benang Hijau. Jenuh mengayat. Harap-harap proposal diterima.

Malam ni nak brainstorming nak buat proposal untuk pertandingan Rural Business Challenge pulak.

Sekarang dah pukul 10.17 malam dan saya masih belum sempat makan shake malam.

Sekarang ni tengah buat-buat kerja sambil minum air kosong + Herbal Aloe Concentrate yang berfungsi untuk mencuci usus.

Dulu-dulu tak suka Aloe ni sebab masam. Tapi sekarang terlebih suka. Siap buat lebih dari sukatan yang sepatutnya lagi.

Eh, terpromote Herbalife pulak. 🙂

Petang tadi saya sekeluarga jalan-jalan di Jusco Bukit Indah. Dah sampai sana, singgahlah di Toys R Us untuk belikan mainan anak-anak.

Bukan anak je excited, ayahnya lagi excited. Tak caya tengok gambar di bawah. 🙂

 

20130424-222132.jpg

Nampak tak En Wan kurus sikit? 🙂

Alhamdulillah, seronok sangat dapat menggembirakan anak-anak.

Okay bye! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *