Filem The Fierce Wife

Sekarang semangat nak fasihkan lagi bahasa Mandarin. Jadi saya pun pergilah ke kedai cd untuk beli drama bersiri.

Suami tak setuju sangat sebab dia tahu saya sibuk dan dah banyak cd yang saya belum tengok.

Tapi sebab semangat nak belajar Mandarin sangat kuat, saya beli jugak… 🙂

Masa kat kedai, tanya staf kat situ apa cerita yang disyorkan dan dia tunjukkan cd filem The Fierce Wife.

Haruslah beli kan. Sebab suka sangat dengan watak An Chen dan Tian Wei dalam cerita ni.

So semalam pukul 2 pagi saya tonton filem ni sorang-sorang.

Semua watak nampak lebih cantik dan lebih hensem. Suka sangat. Dan ending dia pun sangat menarik.

Walaupun rasa kesian pada Rui Fen, tapi tetap sokong Tian Wei.

Aduiii… sempat lagi berdrama dalam kesibukan terlampau. 🙂

Dan ada lah juga belajar perkataan baru dan juga cara sebutan yang betul. Yang ni kena cakap, kang nampak tak ada objektif pulak. 🙂

Walaupun nak sangat pergi Vietnam lagi sebab banyak special order dari customer yang mencari kain sedondon untuk baju kerja, baju majlis dan sebagainya, tapi memang tak boleh pergi minggu ni.

Jadi insyaAllah akan pergi pada hari Rabu-Jumaat depan. Setakat ni yang dah confirm akan pergi adalah kawan lama yang muncul kembali.

Ada yang nak ikut pergi Vietnam? Kalau sekarang anda dah ada bisnes kecil-kecilan dan beli borong dengan supplier di Malaysia, lebih baik anda terus ambik di negara sumber. Walaupun kena tanggung kos penerbangan, hotel dan sebagainya, tapi pengalaman merantau dan berurusniaga di rantau orang memang sangat best.

Kalau tak best, takkanlah sampai saya terjebak sejauh ini. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *