Fikir Pasal Bisnes, Mimpi Pasal Anwar Ibrahim..

Hari ni pengurus yang dah kurang comel jaga outlet Benang Hijau di Jusco Bukit Indah.

Seronok jugak jaga kedai ni sebab boleh nampak apa lagi yang perlu diperbaiki.

Kalau tidak, sibuk tanya pada staf,

Macamana hari ni?

Sales berapa?

Hihihi…

Bila dah jaga sendiri rasa lebih puas hati. Betul-betul dapat promote jenama Benang Hijau, dapat promote website Benang Hijau dan juga lokasi outlet-outlet yang lain.

Pastu ada juga terjumpa beberapa orang kenalan lama. Rakan masa kerja kilang 10 tahun lepas. Alhamdulillah.. bersyukur sangat kehidupan saya jauh lebih berubah.

Saya pun sedar bahawa saya kena tambahkan lebih banyak stok produk supaya ada lebih banyak pilihan.

Patutlah staf selalu tanya bila stok baru sampai. Rupa-rupanya bila barang dah tak banyak nak promote pun kurang best.

Takpe.. sabar sabar. Esok barang akan sampai. Ada kain baru. Ada baju kurung baru. Ada blouse muslimah baru. Excited sangat.

 

Saya ni kan asyik cerita bisnes je kan. Macam itu je yang saya fikir siang malam. Hihihi.. Betul kot. Memang selalu fikir pasal bisnes je.

Fikir nak cari pekerja yang boleh harap.

Fikir nak cari pekerja yang pandai buat sales.

Fikir nak kembangkan bisnes.

Tapi yang kelakarnya semalam boleh pulak mimpi jumpa Anwar Ibrahim. Padahal bukannya fikir pun pasal Anwar Ibrahim. Hahahhaa…

Dalam mimpi tu kan, siap cakap kat dia..

Walaupun u tak menang, i tetap support u. Jangan kecewa sangat. Sebab dari satu segi i rasa bagus jugak u belum menang sebab i risau expectation rakyat yang terlalu tinggi terhadap u padahal bukan senang nak ubah sistem yang dah terlalu korup dari akar umbi.

Chewah… Hebat tak boleh cakap macam ni dengan Anwar Ibrahim?

Mungkin sebab ni yang saya fikir dalam minda separa sedar kot. Tu yang terbawa-bawa ke dalam mimpi. Hahhaha…

Okay bye. Sampai jumpa lagi! 🙂

One thought on “Fikir Pasal Bisnes, Mimpi Pasal Anwar Ibrahim..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *