Fenomena Tudung Ruffle

Alhamdulillah hari ni sibuk sangat.

Ingatkan sementara menunggu kain untuk Shawl Nadeera sampai ni, taklah sibuk sangat. Tu yang saya pun sibuk nak jual tudung bawal bidang biasa.

Kononnya sebelum ni taknak jual tudung ni secara online sebab dah ramai yang jual.

Tapi sememangnya tudung bawal ni memang sentiasa ada permintaan.

 

Mula-mula promote, dah ramai yang order. Pastu ada pelanggan yang request nak bawal dengan hujung bulat yang dipanggil Bawal Ruffle @ Tudung Ruffle.

Fikir punya fikir, buat yang hujung bulat je lah supaya lain sikit dari yang biasa. Lagipun kami pun memang jahit tepi sendiri. Cuma tambah proses potong tepi tu jelah.

Dan Alhamdulillah bila dah promote Bawal Ruffle, memang dapat sambutan hangat. Dia punya hangat tu sampaikan rasa bersalah dengan suami dan anak-anak sebab sibuk menguruskan order online.

Padahal ada admin online. Tapi disebabkan stok Bawal Ruffle ni ada di rumah saya, jadi dia kena cek stok dengan saya sebelum dia reply pada pelanggan. Dan saya jugaklah yang kena cek transaction duit apabila pelanggan bank in.

Selalunya promosi berbayar je yang buat kami kelam kabut. Tapi kali ni promosi percuma pun dah cukup kelam kabut dah. Dalam keadaan sekarang, belum bersedia nak buat promosi berbayar untuk tudung ni.

Bila dah ada ready stock yang dah siap jahit banyak-banyak barulah boleh.

Itu pun dah ramai pelanggan yang tanya Tudung Ruffle dah ada di butik dan outlet atau belum. Adoiii.. nak siapkan order online pun dah semput sangat ni. Tak tahulah bila boleh siapkan stok untuk outlet pulak.

Time-time macam ni la rasa lebih bagus jual online je. 🙂

 

Sekarang ni memang kena tambah lagi production team. Projek inner belum start. Projek tudung mix & match belum start. Projek brooch dari kain perca belum start. Projek sapu tangan belum start. Padahal kain dan mesin jahit memang dah ada. Tinggal nak dikerjakan je.

 

Tengah-tengah sibuk ni memang berdoa sangat supaya tak bersalin awal. Hihihi.. 🙂

 

 

 

2 thoughts on “Fenomena Tudung Ruffle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *