Feedback Dari Groupon Tentang Pengalaman Buruk Saya Di Eternal Beaute Spa

Lepas saya tulis artikel Rasa Tertipu pada hari Selasa yang lepas, seorang kenalan di Facebook menasihatkan saya agar membuat aduan kepada Groupon.

Dan bagi mengelakkan pembeli lain tertipu, saya telahpun menghantar emel aduan kepada pihak Groupon Malaysia.

 

 

Berikut adalah kandungan emel yang agak emo..

 

Selepas beberapa jam saya menerima emel berikut dari Groupon yang berjanji untuk membuat siasatan.

 

Dua hari lepas tu saya terima panggilan daripada Customer Service Groupon Malaysia yang ingin mendapatkan maklumat lanjut.

Dia tanya samada pihak spa memberi saya pilihan untuk menggunakan minyak yang free atau yang berbayar. Dan saya memberitahu bahawa mereka memang hanya memberi pilihan antara dua minyak dengan bayaran tambahan.

Lepas tu dia tanya saya samada nak tak pergi semula ke tempat tersebut tanpa sebarang bayaran. Memang saya tak nak!!

Sebagai ganti rugi, pihak Groupon telah memulangkan duit saya sebanyak RM68 yang digunakan untuk bayar pakej tersebut. Duit tu diberikan dalam bentuk kredit dan boleh digunakan untuk buat pembelian di Groupon.

Berikut adalah emel dari Groupon tentang refund ni..

 

Overall saya rasa berpuas hati dengan feedback yang diberikan oleh pihak Groupon ni. Pegawai tu pun cakap Groupon memang akan buat siasatan lanjut supaya tak ada pembeli yang tertipu.

Groupon pun taknak bersubahat dengan syarikat yang tak beretika. Sebab ni kan syarikat international. Jadi dia pun nak jaga nama baik syarikat.

Lepas ni kalau rakan-rakan semua tak berpuas hati dengan servis mana-mana pihak, terus je buat aduan macam ni. Barulah pihak yang berkenaan boleh ambil tindakan yang sewajarnya.

Dan secara tak langsung, kita dapat mengelakkan orang lain turut sama tertipu.

 

Tagged on:

8 thoughts on “Feedback Dari Groupon Tentang Pengalaman Buruk Saya Di Eternal Beaute Spa

  1. eylin

    samalah 🙁
    i belikan my mum n sis. pastu diorg kena paksa bayar sorang RM60, so total RM120. i nak complain jugak lah. tapi dah sah2 rm120 tu tak dpt balik kan 🙁

        1. Fadzilah Mamat Post author

          Kesian Eylin.

          Saya pun sekarang serik nak beli pakej-pakej spa ni. Lepas ni nak berurusan dengan spa yang kita dah biasa pergi atau memang orang rekemen. Malas nak amik pakej-pakej macam ni. Ada je kos tersembunyi.

  2. kelly

    Kedai cina ke? Memang banyak kedai spa tipu cam tu kat Groupon. Dorang ingat dgn guna Groupon dia dapat buat promosi mudah, sbb tu dia guna Groupon pastu pepandai dia trick pembeli. Dua kali dorang untung klu dapat pelanggan X berkira, untung jual kupon lagi untung tipu lagi.

  3. Norly

    Saya pulak serik beli baju. Saya pernah beli 2 cardigan dari Groupon. Bila sampai, satu saiz ok, satu lagi saiz kecik sangat. Saya call Customer service, dia ckp mmg saiz mcm tu. Saya baca balik iklan, dia cuma ckp free size. Tp satu kecik satu besar yg saya dpt. Sekali pakai, dah terkoyak bajunya, punya la low quality. So, beli pakaian mmg saya dah tak percaya.

  4. nor

    Sy pun pernah kena.ckp rm 39 3 jam massage 2 .15 min.pastu mintak byar masaage oil ginger.bila x nk layan mcm ape je. best part .packet 2 x yah nk beli kt groupon pun mmg ade kt spa rm 29.90 2 jam 15 min .adooi gerammm .rs mcm bangang je beli kt groupon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *