Fadzilah, Bersyukur!

Hahaha..

Itulah ayat semangat yang ditujukan untuk diri sendiri hari ni.

Entah kenapa, hari ni rasa kurang gembira.

 

Bila rasa kurang gembira, mulalah dok fikir segala nikmat. Nikmat kesihatan. Nikmat berpasangan. Nikmat memiliki zuriat yang sihat. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Bersyukur sangat.

Bila dah bersyukur, rasa lebih gembira.

 

Sepanjang pagi saya duduk di rumah je. Buat kerja sambil-sambil menguruskan Baby Yaya dan Ali.

Sambil-sambil tu sempat masak Kentang Sambal. Dah lama teringin nak makan tapi susah nak jumpa kat Kelantan ni. Last-last masak sendiri jelah.

Masa tengah masak tu, rasa sedih je. Kalaulah ada mak @ nenek tinggal bersama mesti seronok kan. Boleh masak-masak sambil bercerita. Sebab dulu masa arwah umi masih ada nenek tinggal sekali dengan kitorang. Selalu tengok diorang bercerita sambil potong sayur dan sebagainya.

Sekarang dua-dua dah takde. Mak mertua pun takde. Adik beradik jauh. Adik ipar pun dah kahwin. Kena tunggu Yaya besar untuk jadi teman di dapur.

 

Dalam pada duduk rumah, ada jugak buat aktiviti yang produktif. Antaranya contact management shopping mall untuk buka cawangan baru. 🙂

 

Dalam pukul 3 lebih keluar ke Production House sambil bawa sampel produk baru iaitu Tudung Instant yang kami akan start produce bermula minggu depan.

Pastu berbual mesra dengan staf dan follow up perkembangan warna-warna baru untuk bawal ruffle.

 

Lepas tu kami singgah kedai elektrik untuk beli Peti Ais atas permintaan staf. Semangat semua orang kumpul RM10. Total kutipan RM360 dan saya pun tambah lagi dalam RM600.

Rasa kelakar je. Dulu-dulu nak beli Peti Ais pun punyalah susah.

Peti Ais pertama (2003) kami beli second hand dari kawan yang nak sambung belajar di luar negara. Peti setingkat. Lepas beli, kami bawa balik Peti Ais tu naik kereta kancil. Punyalah kecik sampai muat kereta kancil. Hahaha..

Peti Ais kedua (2005) pun peti second hand jugak. Diberikan oleh kakak saya yang pindah rumah.

Tahun 2009 barulah merasa pakai Peti Ais baru. Tu pun bayar ansuran. Hihihi..

 

Alhamdulillah sekarang ni mampu beli Peti Ais untuk keselesaan pekerja pulak. 🙂

 

Eh dah panjang sangat cerita ni. Hahaha..

Okay bye. Sampai jumpa lagi. 🙂

 

 

2 comments

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge