Excited

Hari Sabtu lepas dah selamat buat popia kentang. Alhamdulillah.. sedappppp!!

Hari Sabtu petang pergi kenduri kahwin sepupu di Kampung Bendang Pauh. Tak sangka pulak boleh terjumpa dengan peniaga Durian Crepe yang juga ada kiosk di Jusco Bukit Indah.

Rupa-rupanya rumah mak dia sebelah rumah makcik saya. Alahai kecik sungguh dunia ini….

 

Hari Ahad sahabat bernama Dayah datang rumah bersama 3 orang anak dia. Siap bawa Akok Salor yang sangat popular. Alhamdulillah.. rezeki.. 🙂

Rasa seronok bila ada sahabat yang rajin berkunjung ke rumah. Dulu masa di JB, Kak Yati Meletop la sahabat setia. Sekarang dah jauh dengan Kak Yati, memang rasa lonely. Mujurlah ada sahabat-sahabat kat sini yang mengubat kesunyian.

 

Semalam dah upload Shawl Glitter dan Alhamdulillah sambutan dari pelanggan online sangat baik. Seperti biasa, saya proses order melalui WhatsApp dan Hasni proses order melalui PM & Website. Packing dilakukan oleh staf di butik dan segalanya berjalan lancar.

Selepas pelanggan buat pembayaran, staf akan terus pack, isi borang Poslaju dan kami pun dapat terus bagi tracking no pada pelanggan.

 

Hari ni semua Shawl Glitter dah siap jahit. Pastu hari ni jugak saya terima bungkusan label baru Benang Hijau yang saya tempah di Bangkok. Happy sangat sebab label baru ni menggunakan reben dan lebih berkualiti dari label sebelum ni.

Petang tadi pulak 8 kotak Kain Chiffon + Kain Cotton + Beg Kraftangan dari Vietnam sudahpun sampai. Walaupun kena bayar cukai dalam RM1800, tapi takpelah, saya redhoooooo…

Walaupun banyak jugak, tapi saya berjaya jimatkan hampir RM600 sebab asalnya cukai yang perlu dibayar adalah sekitar RM2397.

 

Kebetulan masa kain sampai pekerja baru je siapkan Shawl Glitter. Jadi kami teruslah potong kain dan teruslah jahit shawl baru dan menggunakan label baru. Excited sangat!!

 

InsyaAllah hari Khamis ni akan ke KL dan seterusnya ke JB. Tak sabar sangat nak hantar semua shawl-shawl baru dan juga kain Cotton yang baru. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.