Excited & Nervous

Siang tadi singgah Airport Senai untuk tengok progress kedai baru. Cornish dan lampu dan siap. Malam ni kontraktor akan pasang lantai dan wallpaper. 🙂

Tadi pergi dengan tokey signboard. Sebab nak buat ukuran untuk signboard Benang Hijau.

Serius excited dan nervous.

Excited sebab rasa tempat tu agak berpotensi.

Nervous sebab takut tak berbaloi dengan jumlah yang dah dilaburkan.

 

Sebelum pergi Airport saya dan suami sibuk ubahsuai outlet di Umall. Outlet ni merupakan kedai Benang Hijau yang pertama. Jadi ada banyak sangat harta karun. Dan ada kain-kain dan baju-baju yang lama.

So tadi kami dah keluarkan semua kain dan baju-baju lama dan cuma susun baju-baju koleksi terkini sahaja.

Esok nak sambung ubah @ buang kabinet pulak. Sebab dah bosan tengok susunatur kedai ni.

Kalau ikut hati, rasa nak buat total makeover. Nak seragamkan semua rupa paras outlet Benang Hijau. Tapi tunggu lepas raya lah. 🙂

Hahahha..

Semua benda nak tunggu lepas raya. Maklumlah sekarang ni semua duit yang ada dan BAKAL ada dah digunakan untuk beli stok raya.

Jadi semua projek-projek yang memerlukan belanja yang besar kenalah tunggu lepas raya.

Siang tadi jugak lebih 600 pasang baju kurung baru telahpun sampai di Benang Hijau Bangi.

Rasa nak pergi Bangi sekarang jugak untuk ambil baju-baju baru.

Tapi tengahari esok nak buat makeover untuk outlet di Jusco Taman Universiti dan pukul 2 petang ada shoot untuk koleksi terkini Benang Hijau.

Jadi mungkin pergi Bangi hari Jumaat kot.

 

Okay bye!

 

 

2 thoughts on “Excited & Nervous

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *