Everyone Has Their Own Battles To Fight

Sekarang pukul 2 pagi. Saya sekeluarga baru sahaja sampai di rumah yang manis.

Hari Jumaat lepas kami bertolak ke Felda Lurah Bilut untuk pernikahan adik lelaki saya.

Hari Sabtu petang bertolak balik. Singgah di butik sekejap dan lepas tu bermalam di rumah kakak.

Siang tadi ada photoshoot koleksi terkini Benang Hijau di Wangsa Maju. Plan asal nak pergi sama-sama tapi akhirnya suami pergi sorang je sebab staf di butik ada hal so saya kena ganti sekejap.

 

Siang tadi jugak sempat bertemu mesra dengan Cik Min yang sangat best.

Dah lama tak jumpa Cik Min. Dan tadi tak puas berbual dengan Cik Min.

Seronok dengar perkembangan bisnes Cik Min yang tersangatlah international sekarang. Siap cakap, sekarang target overseas market je. Hebat!!!

 

Dan bila sembang dengan Cik Min, saya makin faham tentang cabaran.

Setiap orang, ada cabaran.

Lagi besar kejayaan yang sudah @ ingin dicapai, lagi besar cabaran yang perlu ditempuh.

 

Kadang-kadang bila kita tengok kehidupan seseorang, kira rasa macam bestnya kehidupan dia ni. Senangnya jadi dia. Semua yang dia nak dia boleh dapat.

Tapi hakikatnya orang yang kita kagum tu pun ada banyakkkk masalah.

Tapi takkanlah dia nak cerita masalah dia pada semua orang kan. So dia pun pendam jelah. Ataupun dia cuma cerita pada orang-orang tertentu yang rapat dengan dia.

 

Ada orang kurang berjaya yang merasakan kawan dia yang dirasakannya berjaya sudah berubah. Dah jadi sombong. Dah lupa diri. Dah berlagak. Dah tak macam dulu. Dah tak ingat kebaikan orang.

Ada jugak yang kononnya berniat baik dan menasihati kawan supaya jangan sombong. Jangan lupa diri. Jangan berlagak. Jangan berubah. Jangan lupa kebaikan orang.

 

Tapi hakikatnya kawan dia tu mungkin tengah berdepan dengan satu cabaran besar (masalah kesihatan, krisis dalaman keluarga, masalah kewangan atau semua masalah di atas).

Mungkin kawan dia tengah stress sangat. Mungkin kawan dia tak lena tidur memikirkan strategi untuk mengatasi cabaran. Mungkin kawan dia sedang berperang dengan diri sendiri. Mungkin kawan dia cuba sedaya upaya untuk nampak ‘cool’.

 

Setiap orang ada cabaran masing-masing. Jangan mudah bersangka buruk pada orang. Jangan mudah nak judge hidup orang. Jangan mudah nak menyakitkan hati orang. Jangan mudah nak bawa mulut tentang orang.

 

If we all understood that everyone has their own battles to fight, insecurities to face, loves to contend and goals to attain, the world would be a gentler place. – Unknown Quotes

 

2 thoughts on “Everyone Has Their Own Battles To Fight

  1. Min

    Haha. Memang sangat best bersembang dengan FM @kak manja ni ha…Terima kasih juga sudi berkongsi info2 dan tip2 utk biz online. Sangat-sangat menghargainya. Banyak nak lagi nak sembang tapi segan dengan ayahanda FM. Hehe.

    Nak dapat benda berharga mesti kena susah payah kan? Kalau senang je nak dapat, mesti semua orang dah buat. Mesti semua org dah dapat.

    Semoga terus maju jaya Benang Hijau. Keep moving up FM’s.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *