Esok Nak Ke Vietnam Lagi..

Hectic sungguh life saya semenjak kebelakangan ni.

Hampir setiap minggu travel oversea. Kalau ada kat Malaysia pulak sibuk sangat. Serius tak sempat nak golek-golek di rumah.

Hari ni pagi-pagi keluar rumah hantar dua beradik ke sekolah sebab diorang tertinggal bas.

Selepas tu, saya singgah ke pejabat Imigresen di Setia Tropika. Punyalah susah nak parking. 3 kali berpusing-pusing. Sampai satu tahap saya keluar dari tempat parking dan pergi ke McD untuk ke tandas.

Lepas tu sambung balik mencari parking.

Siapalah yang design tempat parking ni. Tak logik langsung ruangan parking sangat sikit sedangkan setiap hari memang ramai orang ke sini untuk buat passport, IC dan pelbagai urusan lain.

Bila dah parking pulak, lamaaaaaa sangat menunggu di pejabat Imigresen. Mula-mula ada sistem nombor. Lepas tu nak kena beratur depan bilik pegawai untuk amik signature. Bayangkan line beratur lebih 10 orang. Serius tak efisien.

Kaunter boleh ada nombor. Untuk mintak signature takde nombor. Padahal yang perlu amik signature semuanya dari kaunter jugak. Adalah setengah jam beratur.

Rasa macam…

Takde ke auditor yang tolong audit setiap proses yang berlaku di jabatan kerajaan ni. Sebab sangat lembap dan menyakitkan hati.

Rasa macam nak tolong diorang ubah aliran proses supaya lebih lancar dan teratur.

Pastu pergi ke tempat amik IC pulak.

Alkisahnya saya tertinggal IC lama. Sebelum amik no, saya dah cakap IC lama tertinggal, tapi staf kat situ cakap takpe, dan bagi saya nombor.

Tunggu punya tunggu punya tunggu..

Bila sampai giliran, saya tak dapat amik IC sebab tak bawa IC lama.

Aduyai…. kenapalah tak cakap awal-awal. Takdelah membazir masa saya beratur. Serius sakit hati.

Mungkin masa diorang ni tak bernilai sangat kot. Jadi diorang tak faham betapa bernilainya masa orang lain.

Eh panjang la pulak kisah lepas geram. Hahaha…

 

Okay taknak cerita lagi. Bye! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *