Entry Yang Lambat Publish – Last Day in Bangkok

Sekarang saya berada di airport Don Mueang Bangkok.

Pagi tadi bangun sebelum pukul 5 pagi.

Check out hotel pukul 5.30 pagi. Pukul 6 pagi breakfast. Pukul 6.30 gerak ke Impact untuk event Extravaganza.

Event memang meriah. Dengan sorakan dari 26000 peserta dari negara-negara Asia Pacific. Tapi rasa mengantuk sangat. Dan saya pun ada terlelap jugak.

Pukul 4.30 petang keluar dari dewan dan bertolak ke airport. Kalau ikutkan majlis belum berakhir, tapi rombongan kami bertolak awal sebab takut tak sempat check in.

Sekarang saya sedang menunggu untuk berlepas. Flight pukul 8.20 malam dan dijangka sampai di Kuala Lumpur pada pukul 11.25 malam.

Badan rasa sangat penat. Bahu penat mengangkat beg. Kaki penat berjalan jauh. Otak pun penat sebab tak sempat rehat secukupnya.

Trip kali ni langsung tak sediakan makanan. Pada saya memang tak patut. Memanglah kami semua attend event Herbalife. Tapi takkanlah nak expect semua orang minum shake je sepanjang masa.

Bila tengok rombongan lain dibekalkan dengan makan tengahari, terliur je… 🙂

Dan sebenarnya bukan senang nak mencari makanan halal di Bangkok ni.

Suami pun sangat particular. Kalau makan di food court tak boleh. Sebab nanti walaupun makanan halal tapi masih berkongsi sudu dan pinggan dengan gerai yang tak halal.

Jadi sepanjang tempoh ni kami memang tak makan dengan betul.

Padahal kat kawasan Impact tu punyalah banyak restoran. Kat Airport ni pun sama. Punyalah banyak restoran. Tapi langsung takde restoran halal.

Kalau dah kaya raya nanti, nak bukak restoran halal dan bukak franchise di airport luar negara.

Tapi seronok sebenarnya travel dengan suami. Sebab suami saya ni memang rajin sangat orangnya.

Kalau travel dengan dia, dialah yang akan tolong saya packing barang-barang yang dibeli. Jadi saya cuma perlu uruskan baju-baju saya sahaja.

Tak sabar nak sampai di KL dan makan puas-puas.

Memang bila dah selalu travel, rasa sayang Malaysia ketat-ketat. Sebab kat Malaysia ada banyak makanan halal, ada wayar getah dalam bilik air dan jalanraya yang tak terlalu sesak. Dari Johor ke Nilai pun boleh sampai dalam masa dua jam. Kalau kat Bangkok, jarak 20km pun boleh ambil masa dua jam. Memang tak sanggup!

One thought on “Entry Yang Lambat Publish – Last Day in Bangkok

  1. Min

    Setuju sangat2 point yang akhir sekali tu.. Hehe.

    Waktu min ke Bangkok dan Chiang Rai Thailand nasib baik kawan yang menjemput tu walaupun bukan muslim tetapi sangat particular bab makanan halal. Jadi dah pilih siap2 hotel yang halal dan kalau nak ke mana2 restoran makanan yang halal. Kalau nak cari sendiri hampir tidak yakin bertemu. Hehe.

    Part bilik air tu, memang gelak sorang2 tambah2 bila teringat pengalaman ke Hainan, China hari tu 🙂

    Selamat pulang ke tanah air dan makan puas2 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *