Entri Emo

Saya rasa saya ni tak terlalu cepat melatah. Kalau ada sebarang masalah, saya cool.

Tapi hari ni saya memang geram sangat.

Geram dengan Fedex yang lembap.

Hari Jumaat lepas, saya kononnya hantar barang dengan kapal separuh dan dengan Fedex separuh.

Kononnya setiap satu design pos guna Fedex untuk ambil gambar dulu. Yang lain hantar guna kapal untuk jimatkan kos.

Saya sanggup bayar lebih walaupun kos penghantaran guna Fedex hampir 4 kali ganda berbanding kos penghantaran guna kapal.

Sepatutnya barang sampai hari Rabu tapi tak sampai.

Hari Khamis saya call rupa-rupanya diorang tersilap key in alamat saya. Masa tu memang rasa mendidih sangat tapi saya sabar lagi dan bagi alamat baru.

Sampai hari ni (Sabtu) barang saya belum sampai. Memandangkan Isnin cuti, jadi barang saya MUNGKIN akan sampai pada hari Selasa. Dengan kata lain, sama dengan barang yang dihantar menggunakan kapal.

Sakit hati sangat.

Dahlah bayar mahal. Tapi sama sampai (atau mungkin lebih lambat) daripada barang yang dihantar melalui kapal.

Memang sakit hati sangat ni.

This is not the first time ada bad experience dengan Fedex. Lepas ni memang rasa serik sangat.

Dahlah bila guna Fedex, kena bayar cukai mahal. Pastu pulak staf dia pun kurang ajar. Main baling-baling je bungkusan kita. Kalau mintak tolong angkat barang sikit, terus tarik muka sebab dah tak sabar-sabar nak hantar bungkusan lain.

Serius serik.

Sebab bila jadi macam ni, saya jugak yang malu dengan pelanggan dan pemborong sebab tak dapat hantar barang seperti yang dijanjikan.

Kepada rakan-rakan usahawan yang mungkin nak import barang terus dari luar negara, ini adalah salah satu risiko yang anda kena hadapi.

In fact, barang saya dari China yang saya dah bayar pada 8hb Janurai untuk diposkan menggunakan pos udara pun tak sampai-sampai lagi sampai sekarang. Padahal barang-barang ni jenis bermusim dan permintaan pun dah makin kurang. Entah-entah bila dah sampai nanti, memang dah takde orang nak beli. Sakit hati sangat bila difikirkan.

Bila fikir pasal benda-benda macam ni, memang menyakitkan hati.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *