Enterprise @ Sendirian Berhad?

Hari ni rasa macam nak daftarkan Benang Hijau sebagai syarikat Sendirian Berhad.

Bila tanya pendapat ayah saya, dia setuju sangat.

Tapi bila tanya seorang kenalan yang kerja dengan syarikat secretary, dia kata tak payah sebab banyak kos dan banyak benda nak kena buat.

Tapi, kenalan tu kerja makan gaji. Memang logik la dia berfikir macam tu.

Saya pulak berimpian untuk menceburi bidang hartanah jugak melalui bisnes Benang Hijau ni.

Kiranya nak beli rumah kedai untuk buka cawangan dan seterusnya mendapat keuntungan daripada kenaikan harga rumah kedai dan mungkin juga boleh sewakan sebahagian samada di tingkat atas atau bawah.

Mungkin setiap 6 bulan sekali ke. Fewiittttt…

Kalau syarikat Sendirian Berhad, lebih senang nak buat loan. Lebih senang nak dapat kontrak. Dan kalau syarikat bankrap, pemilik tak bankrap.

Lagipun sekarang ni rasa nak start all over dengan lebih proper. Nak betul-betul keep track semua perbelanjaan, simpan resit pembelian dan sebagainya.

Sekarang ni betul-betul 50-50.

Malam ni mungkin nak hubungi kenalan yang kerja dengan LHDN untuk tahu dari segi percukaian pulak.

Tengoklah macamana.. 🙂

2 thoughts on “Enterprise @ Sendirian Berhad?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *