Emosi Terganggu..

Kalau taknak emosi terganggu janganlah menonton sebarang drama bersiri.

Selepas habis menonton drama The Fierce Wife sebanyak 23 episod, memang emosi saya terganggu.

Terngiang-ngiang je lagu latar drama ni. Habis terganggu semua urusan kerja.

 

Rasa kagum sangat dengan semangat heroin yang berusaha untuk terus maju ke depan untuk jadi teladan yang baik kepada anaknya.

Lepas tu rasa simpati pada bekas suami heroin. 10 tahun kahwin tapi sekali buat silap, dia hilang segalanya.

Semoga kita dapat ambil pengajaran daripada drama ni.

Apapun pada saya drama ni best sangat. Rasa nak tengok sekali lagi je.. 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *