Dulu Tak Nampak Cara

Bila Ali nak bersekolah, saya pulak yang dok berfikir betul ke dia dah ready. Sebab rasa cam dia kecik lagi. Rasa cam kesian pulak.

Padahal masa Abang Iqbal dulu. Kecik-kecik dah hantar nursery. Maklumlah masa tu saya kerja makan gaji.

Tak fikir pun pasal kesian. Pasal tak ready. Pasal kecik lagi. Sebab memang dah terpaksa.

Kalau saya tak kerja, tak boleh survive. So memang terpaksa kerja. Dan terpaksa hantar anak ke nursery.

 

Bila bincang dengan suami pasal ni, katanya sebab dulu tu je yang kita tahu. Kita dah tak nampak cara lain. Kita cuma fikir dengan kerja makan gaji je kita boleh hidup. Dan kita cuba adapt dengan kehidupan orang makan gaji.

Awal pagi hantar anak pergi nursery. Pergi kerja. Lewat petang ambil anak. Weekend jalan-jalan window shopping. Time gaji je boleh shopping penuh satu troli sehinggalah dapat gaji seterusnya.

 

Tapi sekarang Alhamdulillah kita dah nampak banyak cara lain untuk buat duit. Cara yang tak terlalu susah. Tak terlalu penat. Tak terlalu stress. Tak gunakan masa yang banyak.

Caranya dengan hasilkan produk, sediakan tempat untuk menjual produk, buat marketing dan ulang benda yang sama setiap bulan.

 

Tapi untuk capai ke tahap ni pun tak terlalu mudah. Kami attend seminar, baca buku, cari maklumat kat internet, ikut rombongan borong, tanya orang yang lebih pakar, belajar dan terus belajar.

 

Yang pastinya, ada banyak sangat alternatif dalam hidup kita ni. Bukan satu cara je. Bukan hanya dengan makan gaji semata-mata.

Bukan kata makan gaji tak bagus. Ramai orang kaya raya dengan makan gaji. Tapi tak semua orang bernasib baik boleh kerja dengan syarikat yang bagus dan bayar gaji yang bagus.

Sebab tu kita kena “Mind Our Own Business”. Kita sendiri kena fikir apa yang kita nak dalam hidup kita. Macamana kita nak majukan hidup kita. Sebab tak ada orang yang akan tolong fikir untuk kita.

Kalau dah rasa selesa sangat, Alhamdulillah. Mungkin rezeki awak dengan cara makan gaji.

Tapi kalau rasa tak selesa, jangan redho semata-mata. Cari jalan untuk ubah diri dan keluarga.

 

Bukan la nak kata jadi usahawan ni best sangat. Tapi Alhamdulillah kena dengan jiwa saya.

Sebagai seorang majikan sekarang, saya pun ada banyak tanggungjawab. Tanggungjawab nak pastikan bisnes berjalan lancar dan saya boleh terus beli bahan mentah, bayar duit iklan, bayar sewa kedai, bayar semua bil dan bayar gaji pekerja.

Saya pun belum mampu nak bagi gaji yang terlalu besar pada pekerja. Tetapi jika seseorang pekerja benar-benar memberi sumbangan yang besar kepada syarikat saya pasti tak teragak-agak untuk bagi ganjaran yang setimpal.

 

Kesimpulannya, kalau rasa tak selesa dengan keadaan sekarang, buat sesuatu. InsyaAllah ada jalannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *