Dulu Saya Suka Fikir Logik..

Setiap kali orang lain buat sesuatu, saya akan fikir, kenapa dia buat macam tu? Apa motif dia?

Tapi sekarang tak lagi. Dan ternyata ia lebih menenangkan jiwa dan seterusnya lebih membahagiakan.

Pertama, saya akan fikir setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza.

Dan kedua, saya akan bersangka baik pada orang tersebut.

Saya pernah terbaca dalam sebuah buku tentang pengalaman penulis melihat seorang pekerja hotel yang bersikap tenang walaupun dimarah dengan teruk oleh seorang pelanggan.

Setelah pelanggan tersebut berlalu, penulis telah bertanya kepada pekerja hotel apakah yang menyebabkan dia bersikap tenang walaupun dimarah sebegitu rupa.

Pekerja hotel tu cakap,

Saya percaya dia seorang lelaki yang baik. Seperti kita, dia juga ada keluarga dan cuba untuk menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Cuma dia perlu melepaskan perasaan marah dia pada seseorang.

 

Cool tak pekerja hotel tu? Dia takde pun fikir,

Kenapa pelanggan ni marah aku padahal bukan salah aku? Kenapa dia tak marah orang lain? Aku ni malang. Aku ni memang teruk.

 

Jangan asyik mencari logik bagi setiap benda. Kerana sesungguhnya ada banyak benda yang tak logik dan tak tercapai oleh akal kita. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *