Duit Untuk Baby

Semalam masa majlis akikah untuk Baby Yaya, ramai juga makcik-makcik yang bagi duit untuk baby.

Teringat masa bersalin Abang Adi.

Masa tu saya kerja sebagai engineer. Suami pun engineer jugak. Tapi disebabkan sebelum tu pernah berhenti kerja nak buat bisnes MLM dan tak berjaya, jadi keadaan ekonomi teruk sangat.

Masa dalam pantang tu, memang sesak.

 

Pada suatu hari, ada jiran sebelah rumah datang tengok baby dan bagi duit RM20.

Kebetulan hari tu memang takde duit dan RM20 tulah penyelamat kitorang sehinggalah kitorang dapat gaji.

Rasa berterima kasih sangat pada jiran tu.

 

Untuk Abang Iqbal dan Abang Adi dulu, memang tak mampu nak buat majlis akikah.

Untuk diorang, ibu dan bapa mertua yang sponsor. Tu pun buat masa Hari Raya AidilAdha.

 

Bila dah pernah susah, memang rasa bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang.

Kalau dulu nak sangat jadi usahawan internet, sekarang dah merasa. Saya pun gembira dapat jadi majikan dan sediakan peluang pekerjaan pada orang lain. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *