Duit Pencen

Maaf lama tak update.

Lama tak update sebab banyak sangat fikir kot.

Nak tulis something tu kan, fikir banyak-banyak kali.

Nak bagi pendapat, risau pendapat tu berubah pulak di masa akan datang.

Nak tulis perkembangan bisnes, rasa macam segan pulak.

Nak tulis pasal famili pulak, rasa macam terlalu open.

Akhirnya blog terbiar sepi. Kesian blog. 😛

 

Mehlah nak bercerita bahawa pada 9 Februari yang lepas saya terkezut melihat pasif income saya sebagai seorang Unit Trust Consultant Public Mutual.

Sejujurnya sekarang memang tersangat fokus dengan bisnes tudung dan langsung tak buat apa-apa aktiviti untuk bisnes Unit Trust. Tapi Alhamdulillah.. setiap bulan dapat duit pencen yang agak lumayan.

Tak la banyak sangat sangat. Sekitar RM3000. Alhamdulillah..

 

Dulu kan, setiap 7hb, pagi pagi buta, akan terus cek baki akaun. Sebab gaji Public Mutual akan masuk pada setiap 7hb. Tapi bulan ni serius terlupa pasal ni.

9hb tu tengah berbual dengan seorang staf, pastu tetiba teringat dan teruslah cek. Sekali tengok income ni kan, serius happy.

 

Sejujurnya income bisnes lebih besar. Tapi income bisnes tu saya takleh guna sesuka hati.

Tapi income pencen ni lebih best. Sebab macam duit tambahan gitu kan. Kiranya kalau nak enjoy pun takdelah bersalah sangat.

 

Tapi sebenarnya sekarang ni hidup tersangatlah hectic. Nak jalan santai-santai di shopping mall pun tak sempat. Maybe jugak sebab ada baby so pergerakan terbatas.

 

Tapi Alhamdulillah duit pencen tu dah selamat dibelanjakan untuk beli dua mesin jahit baru.

Oh my, ada jugak orang addicted beli mesin jahit! 🙂

 

Entahlah, sekarang ni rasa macam sayang duit kalau nak pakai untuk bermewah-mewah. Kalau nak pakai untuk bisnes takpe. Tapi kalau kata nak membeli ikut kehendak nafsu wanita tu, memang taklah.

 

Mungkin sebab belum cukup kaya kot. Kalau betul-betul kaya, mungkin tak macam ni kot. Mungkin sama-sama gila kumpul koleksi barangan berjenama jugak.

 

Okay. Setakat ni dulu. Dah ngantuk sangat dah ni. Sampai jumpa lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *