Drama

Hari ni ada drama sikit. Hihihi..

 

Pakwe salah seorang pekerja datang dengan penuh machonya sebab nak bawa awek dia pergi klinik. Alasannya awek dia demam dan degil taknak pergi klinik.

Padahal si awek ni tak de pun cakap apa=apa pasal tak sihat. Saya pun bukan jenis paksa-paksa suruh datang kerja. Kalau memang tak sihat, tak yah la datang. Selama ni pun kalau nak cuti pun saya bagi je.

Mula-mula awek dia macam tak nak ikut, tapi pakwe dia dok tunggu jugak. Aduyaiiii…

 

Saya pun sound jugak. Saya cakap lepas ni jangan datang ke rumah saya lagi sebab saya tak suka. Nak dating ke apa ke, bukan di kawasan rumah saya.

Lepas tu awek dia macam berat hati ikut pakwe dia balik.

 

Saya pun serba salah sebenarnya sebab pekerja tu pun muda lagi. Kotlah sebenarnya dia ni bercinta tapi mak bapak tak restu dan bagi alasan macam ni untuk keluar dating.

Tapi takpelah, malas nak fikir lebih-lebih.

 

Tapi sekarang ni rasa nak tambah lagi pekerja sebab rasa tak boleh harapkan je pekerja yang mabuk bercinta ni. Masa bekerja sibuk nak berSMS je. Kalau saya takde pulak, kerja main-main.

 

Alhamdulillah hari ni dah selamat poskan shawl-shawl baru yang diorder oleh pelanggan online. Kembang kempis hidung suami bila corak yang saya tak berkenan dapat sambutan dari pelanggan.

Tahap keyakinan diri dia naik mencanak-canak kononnya dia pandai memilih kain. Hihihi..

 

Okay bye. Pekerja dah pergi dating, boslah yang kena sambung jahit shawl. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.